03/07/2024

PELANTIKAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA (JKR) KEMENTERIAN KERJA RAYA

PELANTIKAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA (JKR) KEMENTERIAN KERJA RAYA

by Diadaptasi dari maklumat Kementerian Kerja Raya Malaysia

KUALA LUMPUR - Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa pada 25 Jun 2024.

YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail memiliki Sarjana Pengurusan Projek dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan mempunyai pengalaman yang luas selama 29 tahun terutama penglibatan beliau dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek awam yang berimpak tinggi dan pembangunan industri pembinaan.

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di pelbagai peringkat sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun ibu pejabat selama 29 tahun di antaranya sebagai Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas dan yang terkini Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia.

Dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimilikinya, YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail diyakini mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi meneruskan peningkatan kecemerlangan Jabatan Kerja Raya dalam memastikan projek-projek awam disiapkan dengan mutu yang tinggi menepati spesikasi dari segi kualiti, masa dan kos selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh CIDB Malaysia. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari laman webKementerian Kerja Raya Malaysia.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini