Panduan Permohonan dan Pembaharuan Lesen UPKJ
Updated 10 February 2025
Kategori Bidang Permohonan
Sila ketik untuk lihat butiran kategori bidang permohonan.
Latarbelakang Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ)
Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) ditubuhkan di bawah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak untuk menguruskan pendaftaran kontraktor, pembekal dan perunding / konsultan yang merangkumi fungsi-fungsi seperti berikut:
- Sebagai pusat pendaftaran kontraktor, pembekal dan perunding / konsultan
- Sebagai pusat pemantauan:
- Prestasi kontraktor, pembekal dan perunding / konsultan
- Pematuhan terhadap syarat-syarat pendaftaran
- Sebagai pusat rujukan maklumat pendaftaran dan prestasi kontraktor, pembekal dan perunding / konsultan untuk Agensi Kerajaan Negeri
Berkuat kuasa dari 1 Januari 1997, semua kontraktor, pembekal dan perunding / konsultan yang ingin menyertai aktiviti perolehan Kerajaan Negeri Sarawak adalah diwajibkan berdaftar dengan UPKJ.
Kuasa Mendaftar
Kuasa mendaftar firma / syarikat untuk pendaftaran UPKJ adalah dari sumber-sumber berikut:
- Arahan Perbendaharaan (AP) 166.2(i) yang menetapkan perbendaharaan mempunyai kuasa khusus untuk ‘menentukan kriteria dan syarat-syarat pendaftaran serta mendaftarkan individu, firma, syarikat, pertubuhan dan perunding / konsultan bagi membolehkan mereka berurus niaga dengan Kerajaan’;
- Arahan Perbendaharaan (AP) 184.2 yang menetapkan bahawa semua urusan pendaftaran Kontraktor Bekalan Dan Perkhidmatan hendaklah dikendalikan oleh Kementerian Kewangan sahaja, manakala bagi pendaftaran Negeri Sabah dan Sarawak pendaftaran Kontraktor Bekalan Dan Perkhidmatan adalah dikendalikan oleh Perbendaharaan Malaysia Sarawak; dan
- Instruction 5-(1), The Financial Procedure (Registration of Contractors And Consultants) Instruction, 2024 yang menetapkan;
Permohonan Pendaftaran Dengan UPKJ
- Semua pendaftaran hendaklah dimajukan secara terus kepada UPKJ melalui atas talian (online) dengan mengunakan sistem Online Application Module (OLAM). Permohonan hendaklah dibuat oleh pemohon sendiri dan sebarang kemusykilan berkenaan pengisian borang boleh merujuk kepada pihak UPKJ.
- Permohonan bagi Bidang Kerja, Bidang Mekanikal, Bidang Elektrikal, Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan dan Bidang Perunding / Konsultan perlu dibuat secara berasingan mengikut jenis permohonan (sila rujuk 3.2) tanpa perlu menunggu proses permohonan sedia ada selesai.
Contoh: Syarikat A telah mengemukakan permohonan baharu Bidang Kerja dan masih dalam proses. Selepas itu, Syarikat A boleh mengemukakan permohonan baharu, permohonan semula, pembaharuan, naik kelas / tambahan dan perubahan bagi Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan tanpa perlu menunggu proses permohonan baharu Bidang Kerja tersebut selesai. - Jenis permohonan dalam setiap bidang perlu dibuat secara berasingan. Permohonan perubahan hendaklah dibuat secara berasingan daripada permohonan baharu, permohonan semula, pembaharuan, naik kelas / tambahan.
Contoh: Syarikat A mengemukakan permohonan perubahan bagi Bidang Kerja dan perlu menunggu proses permohonan tersebut selesai sebelum mengemukakan permohonan semula, pembaharuan atau naik kelas / tambahan. - Had Klasifikasi Permohonan bergantung kepada jenis bidang yang dipohon. Bagi Bidang Kerja, Mekanikal dan Elektrikal tiada had permohonan Kepala dan Sub-Kepala. Bagi Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan, terhad kepada dua (2) Kepala dan lima (5) Sub-Kepala dalam satu (1) permohonan. Bagi Bidang Perunding/ Konsultan terhad kepada tiga (3) kategori dalam satu (1) permohonan.
- Pendaftaran UPKJ adalah terbuka, asalkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan (sila baca syarat-syarat pendaftaran di Garis Panduan UPKJ mengikut bidang yang ingin dipohon). Pendaftaran yang melibatkan pemilikan asing perlu memenuhi syarat-syarat Pemilikan Asing.
Tempoh Sahlaku Sijil Pendaftaran UPKJ
Tempoh sahlaku sijil pendaftaran UPKJ adalah selama dua (2) tahun sahaja.
Jenis-jenis Permohonan
Jenis-jenis permohonan yang dibuka untuk pemohon adalah seperti berikut:
- Permohonan Baharu / Semula / Naik Kelas / Tambahan Kepala & Sub-Kepala.
- Permohonan Pembaharuan - Permohonan pembaharuan boleh dibuat seawal enam (6) bulan sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga tempoh satu (1) tahun selepas pendaftaran luput. Jika pendaftaran telah luput melebihi tempoh satu (1) tahun, maka pemohon perlu membuat Permohonan Semula.
- Permohonan Perubahan - Perubahan maklumat seperti nama syarikat, alamat berdaftar, individu yang diberi kuasa oleh syarikat dalam urusan perolehan kerajaan, ekuiti, pemegang saham dan pengarah syarikat.
- Permohonan Status Bumiputera
- Pemilikan Asing & Penglibatan UPKJ
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan maklumat di halaman ini, kami mengesyorkan pengguna untuk mengesahkan butiran denganportal e-Kontraktor dan Juruperundinguntuk maklumat pendaftaran yang paling terkini dan lengkap.
Cari tender dan sebut harga yang sepadan dengan lesen UPKJ anda di tenderpanel.com.
Daftar Di Sini