Panduan Permohonan dan Pembaharuan Lesen PUKONSA

Syarat Permohonan Lesen PUKONSA (Daftar Baru / Daftar Semula)

  • Bagi perihal pemilikan saham, pemohon hanya dibenarkan berdaftar dalam dua (2) syarikat sahaja. Pemilik / pemegang saham hanya dibenarkan memiliki 5% saham sahaja dalam salah satu syarikat yang didaftar dengan PUKONSA
  • Semua pemegang saham dan pengarah syarikat yang berdaftar dengan PUKONSA hendaklah merupakan warganegara Malaysia dan berasal dari negeri Sabah. Tertakluk dengan syarat kedua-dua ibu bapa pemilik / pemegang saham syarikat merupakan warganegara dan kedua-dua ibubapa atau salah seorang daripadanya berasal dari negeri Sabah.

Kelayakan modal minimum:

KelasPaid-up Capital (Sdn Bhd) / Baki Minima Akaun (Enterprise)
ALebih dari RM 350,000
BLebih dari RM 250,000
CLebih dari RM 150,000
DLebih dari RM 25,000
ELebih dari RM 5,000
FLebih dari RM 5,000

Keperluan untuk rekod kerja:

Salinan dokumen sokongan berkaitan pengalaman kerja kerajaan / GLC Sabah / swasta bagi tempoh 5 tahun ke belakang yang disahkan.

KelasNilai Kerja
ARekod kerja projek berkaitan dengan nilai kerja lebih dari RM 2.5 juta
BRekod kerja projek berkaitan dengan nilai kerja lebih dari RM 2 juta
CRekod kerja projek berkaitan dengan nilai kerja lebih dari RM 800,000
DRekod kerja projek berkaitan dengan nilai kerja lebih dari RM 250,000
ETidak Wajib
FTidak Wajib

Keperluan Kelayakan Akademik:

Salinan sijil akademik bidang Kejuruteraan / Pembinaan yang disahkan.

KelasKelayakan Akademik
ASekurang-kurangnya Ijazah
BSekurang-kurangnya Diploma
CTidak wajib
DTidak wajib
ETidak Wajib
FTidak Wajib

Keperluan Jumlah Kenderaan Berat:

Salinan kad jentera berat yang disahkan.

KelasJumlah Jentera Berat
ASekurang-kurangnya 5-10 buah jentera berat
BSekurang-kurangnya 3-5 buah jentera berat
CTidak wajib
DTidak wajib
ETidak Wajib
FTidak Wajib

Senarai semak dokumen:

  • Salinan sijil lahir setiap pemilik, rakan kongsi, pengarah & pemegang saham disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Salinan Lesen Niaga (Trading Licence) terkini selaras dengan tajuk dipohon disahkan Pejabat Daerah / Majlis Perbandaran
  • Sijil CIDB terkini selaras dengan Kelas dipohon
  • Salinan Penyata Akaun Semasa syarikat 1 bulan terkini baki minima RM5000 (bagi Sdn Bhd) dan disahkan bank
  • Salinan Borang Q dan Perakuan Kekompetenan bagi orang kompeten disahkan Suruhanjaya Tenaga
  • Salinan Sijil Akademik Bidang Kejuruteraan / Pembinaan yang disahkan.
  • Section 68 (dahulu dikenali sebagai Form of Annual Return) terkini
  • Section 51 & 78 (dahulu dikenali sebagai Form 24) terkini
  • Section 58 (dahulu dikenali sebagai Form 49) terkini
  • Section 17 (atau Form 9) & Form 13 (jika berkaitan)
  • Corporate Information terkini
  • Sijil-sijil Saham bagi semua Pemegang Saham Syarikat terkini
  • Form 32A / Section 105 terkini beserta setem hasil LHDN
  • Form 48A / Section 201 bagi semua Pengarah Syarikat terkini
  • Minit Mesyuarat berkaitan permohonan pendaftaran Sijil PUKONSA
  • Resolusi Syarikat berkenaan kuasa menandatangani cek syarikat
  • Penyata Akaun Diaudit terkini
  • Constitution of Company / Memorandum & Articles of Association
  • Perjanjian perkongsian (Wajib untuk Syarikat Perkongsian)
  • Sijil Pengiktirafan Perniagaan Anak Negeri Sabah – jika ada (Kelas A,B,C,D,E) / wajib bagi Kelas F (disahkan oleh Unit Status Bumiputera)

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan maklumat di halaman ini, kami mengesyorkan pengguna untuk mengesahkan butiran dengan pihak PUKONSA untuk maklumat pendaftaran yang paling terkini dan lengkap. Permohonan daftar baru / daftar semula hendaklah dipohon secara online melaluiSistem ePukonsa

Cari tender dan sebutharga yang sepadan dengan lesen PUKONSA anda di tenderpanel.com.