Berkuat kuasa sejak 20 Julai 1995, pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB di bawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) adalah wajib untuk semua kontraktor, baik tempatan mahupun asing, sebelum mereka boleh menandatangani dan melaksanakan mana-mana kerja pembinaan di Malaysia. Pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang layak di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).
Sebarang kontraktor yang didapati melanggar Seksyen 25 setelah disabitkan, akan dikenakan denda yang tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit mengikut peruntukan Seksyen 29. Tambahan pula, di bawah Seksyen 30, Lembaga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis bertulis kepada kontraktor yang melanggar, mengarahkan mereka untuk menghentikan atau tidak meneruskan kerja pembinaan, serta melarang daripada mengambil tanggungjawab untuk memulakan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan.
Pendaftaran PPK hanya dibuka kepada syarikat yang diperbadankan di Malaysia serta mempunyai pegangan ekuiti tempatan tujuh puluh peratus (70%) dan ke atas. Sekiranya terdapat pegangan ekuti asing didalam syarikat pecahan yang dibenarkan adalah seperti dibawah:
*Nota: Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Setiap kontraktor didaftarkan mengikut:
Setiap kontraktor akan didaftarkan oleh CIDB mengikut gred pendaftaran berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kontraktor memenuhi syarat-syarat kriteria pendaftaran kontraktor yang telah ditetapkan. Gred pendaftaran kontraktor adalah untuk menentukan had keupayaan menender / menjalankan kerja, rujuk Lampiran 3.
Terdapat empat (4) Kategori pendaftaran iaitu:
Kontraktor boleh memohon kategori pendaftaran seperti di atas berdasarkan kepada kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun penetapan Kategori adalah berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman personel teknikal rujuk Lampiran 4. Pada umumnya permohonan baru akan diberikan:
Setiap pengkhususan akan didaftarkan dibawah kategori dan gred pendaftaran kontraktor.
Pada umumnya permohonan baru akan diberi pengkhususan B04 dan CE21 sahaja.
Walaubagaimanapun pengkhususan M15 juga akan diberikan sekiranya syarikat mempunyai personel teknikal yang memiliki sijil teknikal/ sijil kelayakan akademik berkaitan bidang pembinaan / orang kompten / pendaftaran dengan Agensi lain.
Bagi pengkhususan F01/F02 juga akan diberikan sekiranya syarikat memiliki personel teknikal yang mempunyai sijil kelayakan akademik dan mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan (resume)/ sijil akademik berkaitan bidang pengurusan fasiliti (hanya untuk syarikat ROC, SKM, ROC gred G4 dan ke atas sahaja).
Bagi pengkhususan yang lain seperti di Lampiran 5 penetapan pengkhususan adalah berdasarkan kepada surat tawaran kerja atau Sijil Kecekapan Pengurusan yang dikeluarkan oleh CIDB bagi memperolehi pengkhususan yang telah ditetapkan.
Pemohon yang memohon pengkhususan seperti di Lampiran 6 perlu memenuhi keperluan seperti yang ditetapkan. Pada amnya pemohon yang memohon pendaftaran hendaklah memenuhi mana-mana undang-undang atau peraturan bertulis yang melibatkan aktiviti yang akan dilaksanakan jika beliau didaftarkan.
Mana-mana pengkhususan yang melibatkan Akta lain dan telah tamat pendaftarannya dengan Agensi berkenaan akan menyebabkan pengkhususan tersebut terbatal.
Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan/mengisytiharkan maklumat projek yang dilaksanakan sepanjang tempoh tiga (3) tahun terkini pendaftaran sebelumnya untuk penetapan status pengkelasan.
Pengkelasan Perakuan Pendaftaran kontraktor adalah seperti berikut:
Perubahan status pengkelasan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) boleh dilakukan di dalam sistem CIMS dengan mengisytiharkan maklumat projek yang dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun terkini dan membuat permohonan kemaskini maklumat syarikat. Yuran Proses adalah sebanyak RM30.00 dan Yuran Pendaftaran RM100.00
Gred | Keupayaan Menender/Menjalankan Kerja | Kategori | Pengkhususan |
---|---|---|---|
G1 | Tidak melebihi RM200,000.00 | B - Pembinaan Bangunan CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam ME - Mekanikal dan Elektrikal | B01 - B29 CE01 - CE43 M01 - M23 E01 - E35 |
G2 | Tidak melebihi RM500,000.00 | B - Pembinaan Bangunan CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam ME - Mekanikal dan Elektrikal | B01 - B29 CE01 - CE43 M01 - M23 E01 - E35 |
G3 | Tidak melebihi RM1,000,000.00 | B - Pembinaan Bangunan CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam ME - Mekanikal dan Elektrikal | B01 - B29 CE01 - CE43 M01 - M23 E01 - E35 |
G4 | Tidak melebihi RM3,000,000.00 | B - Pembinaan Bangunan CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam ME - Mekanikal dan Elektrikal F - Fasiliti | B01 - B29 CE01 - CE43 M01 - M23 E01 - E35 F01-F02 |
G5 | Tidak melebihi RM5,000,000.00 | B - Pembinaan Bangunan CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam ME - Mekanikal dan Elektrikal F - Fasiliti | B01 - B29 CE01 - CE43 M01 - M23 E01 - E35 F01-F02 |
G6 | Tidak melebihi RM10,000,000.00 | B - Pembinaan Bangunan CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam ME - Mekanikal dan Elektrikal F - Fasiliti | B01 - B29 CE01 - CE43 M01 - M23 E01 - E35 F01-F02 |
G7 | Tiada had | B - Pembinaan Bangunan CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam ME - Mekanikal dan Elektrikal F - Fasiliti | B01 - B29 CE01 - CE43 M01 - M23 E01 - E35 F01-F02 |
Pendaftaran baru adalah permohonan yang dibuat oleh syarikat yang belum mempunyai pendaftaran dengan CIDB. Syarikat perlu mematuhi kriteria dan syarat-syarat pendaftaran. Kontraktor akan didaftarkan mengikut Gred, Kategori dan Pengkhususan yang layak. Tempoh pendaftaran baru adalah dua tahun dan kontraktor perlu mematuhi syarat-syarat berikut dalam tempoh tersebut:
Pembaharuan pendaftaran adalah permohonan yang dibuat bagi melanjutkan tempoh perakuan pendaftaran. Syarikat boleh membuat permohonan sekurang-kurangnya seratus dua puluh hari (120) sebelum tarikh luput Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK). Syarikat perlu mematuhi kriteria dan syarat-syarat pendaftaran dan bebas daripada tindakan tatatertib. Tempoh pendaftaran adalah diantara satu (1) hingga tiga (3) tahun bergantung kepada mata CCD yang terkumpul.
CIDB berhak untuk membuat penilaian semula gred/ kategori/ pengkhususan pendaftaran kontraktor sediaada berdasarkan dokumen/ maklumat yang diisytiharkan semasa pembaharuan.
Pendaftaran semula adalah permohonan pembaharuan yang dibuat selepas tarikh luput perakuan pendaftaran. Syarikat perlu mematuhi kriteria dan syarat-syarat pendaftaran dan bebas daripada tindakan tatatertib. Tempoh pendaftaran adalah diantara satu (1) hingga tiga (3) tahun bergantung kepada mata CCD yang terkumpul. CIDB berhak untuk membuat penilaian semula gred/ kategori/ pengkhususan pendaftaran kontraktor sediaada berdasarkan dokumen/ maklumat yang diisytiharkan semasa pendaftaran semula.
Kemaskini maklumat pendaftaran adalah permohonan yang dikemukakan oleh kontraktor untuk membuat perubahan:
Kebenaran khas yang dikeluarkan oleh CIDB secara surat kepada kontraktor untuk menyertai tender, dimana pengkhususan yang diperlukan oleh klien didalam iklan tender tidak terdapat pada Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang dimiliki oleh syarikat
Semua kontraktor perlu untuk memaklumkan kepada CIDB apa-apa perubahan butir-butir maklumat mengenai syarikat mereka dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh perubahan tersebut. Dibawah Seksyen 39 Akta 520 (pindaan 2011) kontraktor boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM5,000.00) sekiranya tidak memaklumkan perkara ini.
Pemohon perlu mengemukakan permohonan secara atas talian (online) CIMS dengan mengemukakan dokumen sokongan berserta yuran proses. Perlu diingatkan kepada syarikat yang mendaftar perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bahawa sebarang perubahan maklumat syarikat yang melibatkan pembelian data SSM, permohonan perubahan butir maklumat di CIDB hanya boleh dibuat selepas 14 hari perubahan maklumat dihantar ke SSM. Jenis-jenis perubahan maklumat dan dokumen rujukan adalah seperti di Jadual J.
Jadual J - Jenis – Jenis Perubahan Maklumat dan Dokumen Rujukan.
Bil | Jenis Perubahan | Jenis Pendaftaran Perniagaan | Dokumen Rujukan |
---|---|---|---|
1 | Pertukaran Nama Syarikat | ROB, ROC, SKM, ROS, Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian | Sijil Pendaftaran Perniagaan yang terkini |
2 | Pertukaran Alamat | ROB, ROC, SKM, ROS, Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian | Sijil Pendaftaran Perniagaan yang terkini |
3 | Pertukaran Pemilik/Pengarah/Ahli Lembaga Pengarah | ROB, ROC, SKM, ROS, Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian | Sijil Pendaftaran Perniagaan yang terkini |
4 | Pertukaran Modal | ROC, SKM | Sijil Pendaftaran Perniagaan yang terkini |
Bil | Jenis Permohonan | Yuran Pendaftaran | Tempoh Sah Laku |
---|---|---|---|
1 | Baru/Pendaftaran Semula | i) Perakuan Pendaftaran Kontraktor Tempatan (PPK)
ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK): Tiada yuran pendaftaran | i) Tempoh sah PPK bagi permohonan baru adalah bermula dari tarikh yuran pendaftaran dijelaskan sehingga 2 tahun. ii) Tempoh sah permohonan pendaftaran semula PPK adalah 1 – 3 tahun bergantung kepada mata CCD yang diperolehi oleh syarikat. Tempoh sah SPKK adalah bermula dari tarikh permohonan diluluskan sehingga tamat sijil PPK |
2 | Pembaharuan | Perakuan Pendaftaran Kontraktor Tempatan (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK):
SPKK: Tiada yuran pendaftaran | Tempoh permohonan pembaharuan PPK akan diberikan 1 – 3 tahun tempoh kelulusan bergantung kepada mata CCD yang diperolehi oleh syarikat Tempoh sah SPKK adalah bermula dari tarikh permohonan diluluskan sehingga tamat sijil PPK |
3 | Perubahan Gred Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) |
Tiada yuran pendaftaran | Tempoh sah perakuan adalah bermula dari tarikh yuran pendaftaran dijelaskan sehingga tempoh sahlaku sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) sediaada. |
4 | Pendaftaran Syarikat Konsortium atau Usahasama (tidak diperbadankan) |
| Tempoh sah perakuan adalah dari tarikh mula projek sehingga tarikh tamat projek + 2 tahun tempoh tanggungan kecacatan |
5 | Pendaftaran Kontraktor Antarabangsa | RM100.00 | Tempoh sah perakuan adalah bermula dari tarikh yuran pendaftaran dijelaskan sehingga tarikh tamat sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor sediaada. |
6 | Perakuan Pendaftaran Sementara Kontraktor Asing | RM500.00/ tender | Tempoh sah perakuan bermula dari tarikh yuran pendaftaran dijelaskan sehingga tarikh tamat sah laku tender + 3 bulan tempoh penilaian tender |
7 | Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing | RM5,000.00/ projek | Tempoh sah perakuan adalah bermula dari tarikh mula projek sehingga tarikh tamat projek + 2 tahun tempoh tanggungan kecacatan |
8 | Kemaskini Maklumat Pendaftaran (yang tidak melibatkan perubahan gred) / Kemaskini Maklumat Syarikat | RM100 / Permohonan (sekiranya kemaskini maklumat pendaftaran / maklumat syarikat menyebabkan sijil dicetak semula) | Tempoh sah perakuan adalah bermula dari tarikh yuran pendaftaran dijelaskan sehingga tamat sahlaku sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor sediaada. (bagi permohonan kemaskini pendaftaran/maklumat syarikat menyebabkan cetakan semula sijil) |
9 | Pertukaran Syarikat | Yuran baru pendaftaran akan dikenakan berdasarkan gred yang diluluskan | Tempoh sah PPK bagi permohonan pertukaran syarikat adalah bermula dari tarikh yuran pendaftaran dijelaskan sehingga 2 tahun. |
Pembayaran boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem CIMS. Pembayaran menggunakan cek syarikat atau cek peribadi tidak diterima. Semua yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan.
Pembayaran boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem CIMS. Pembayaran menggunakan cek syarikat atau cek peribadi tidak diterima. Semua yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan.
Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Kontraktor (Industri Pembinaan) 1995, Lembaga boleh membatal atau menggantung pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar dibawah Peraturan-Peraturan ini jika:
Perakuan ini sah sehingga tarikh tamat tempoh projek yang dinyatakan dalam Perakuan ini.
Pendaftaran Kontraktor Asing akan dibatal, digantung atau jika –
Cetakan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) / Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Sijil hendaklah dicetak sendiri oleh pemohon secara atas talian (online) sistem CIMS. Tiada lagi serahan sijil dikaunter CIDB Negeri/ Cawangan. Bagi permohonan untuk medapatkan sijil pendua atau cetakan semula sijil disebabkan hilang / rosak, pemohon boleh mencetak sendiri melalui online tanpa sebarang caj bayaran.
Pemohon perlu menyimpan dokumen asal dalam tempoh 3 tahun dari tarikh permohonan dibuat bagi tujuan Semakan Pematuhan Kontraktor , CCA (Contractor Compliance Assurance). Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik mengikut jenis permohonan yang dibuat seperti di Jadual B.
Kontrak ini disediakan bagi melengkapkan kekurangan yang wujud dalam industri pembinaan di Malaysia. Walaupun beberapa kontrak pembinaan telah diterbitkan untuk industri pembinaan di Malaysia – namun setakat ini, tidak ada kontrak utama yang ditulis dalam bahasa yang mudah dan tidak ada satu pun yang secara khususnya memenuhi keperluan kerja ubah suai dan projek kecil. Walaupun kontrak boleh dibuat secara lisan, tetapi kontrak bertulis dapat mengelakkan ketidakpastian. Kontrak standard yang ditulis dengan baik dan dalam bahasa yang mudah juga dapat membantu meningkatkan kecekapan, dan mengelakkan pertikaian yang tidak wajar.
Terma standard kontrak ini boleh digunakan bersama dokumen lain seperti lukisan, spesifikasi, dan senarai kuantiti bagi membentuk lukisan, spesifikasi, dan senarai kuantiti bagi membentuk satu kontrak pembinaan yang lengkap. Ia boleh digunakan untuk sebarang projek pembinaan – walaupun tujuan asalnya adalah untuk kerja ubah suai dan projek kecil. Tiada harga minimum atau maksimum yang ditetapkan bagi saiz projek yang dianggap sesuai untuk kontrak ini kerana ia boleh digunakan untuk semua jenis dan saiz projek.
Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan pembukaan semula pendaftaran baharu Kontraktor G1 Bumiputera pada 16 Ogos 2019 yang membolehkan kontraktor yang berkelayakan memohon untuk mendaftar sebagai Kontraktor G1 Bumiputera mulai 1 September 2019. Keputusan Kerajaan untuk pembukaan semula pendaftaran baharu Kontraktor G1 Bumiputera bertujuan memberi peluang kepada generasi baharu termasuk belia lepasan pusat latihan kemahiran yang mempunyai latar belakang teknikal untuk mula berkecimpung dalam industri pembinaan. Langkah ini dapat melahirkan lebih ramai kontraktor bumiputera yang berdaya maju dan mampu memainkan peranan utama dalam industri pembinaan.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan maklumat di halaman ini, kami menggalakkan para pengguna untuk mengesahkan butiran denganportal Centralized Information Management System (CIMS)atauportal CIDBuntuk maklumat pendaftaran yang paling terkini dan lengkap.
Cari tender dan sebutharga yang sepadan dengan lesen CIDB anda di tenderpanel.com.
Daftar Di Sini