1. Pengenalan Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan
Bekalan Dan Perkhidmatan adalah merangkumi bekalan untuk bahan / peralatan pembinaan, pejabat, makmal, bekalan am dan perkhidmatan-perkhidmatan charter services, percetakan, ICT dan lain-lain bekalan / perkhidmatan.
1.1 Pengklasifikasian Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan
Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan di klafisikasi menggunakan Kepala dan Sub-Kepala. Terdapat sebelas (11) Kepala di bawah Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Deskripsi |
---|---|---|
I | 1(a),1(b),1(c),1(d),1(e), 2(a),2(b),2(c),2(d),2(e), 3(a),3(b),3(c) | Bekalan bahan binaan untuk kejuruteraan sivil |
II | 1(a),1(bi),1(b)(ii),1(c),1(d)(i),1(d)(ii), 2(a),2(b),2(c),2(d), 3(i),3(ii),3(iii), 4(a),4(b),4(c),4(d),4(e),4(f), 5(a)(i),5(a)(ii),5(a)(iii),5(b)(i),5(b)(ii),5(b)(iii),5(c), 6(a),6(b),6(c),6(d),6(e),6(f),6(g), 7(a),7(b),7(c),7(d),7(e),7(f), 8(a),8(b),8(c),8(d),8(e), 9(a),9(b),9(c), 10, 11(a),11(b),11(c), 12 | Bekalan jentera, kenderaan, peralatan mekanikal & elektrikal, penjana kuasa, peralatan bengkel termasuk alat ganti dan aksesori |
III | 1(a),1(b),1(c), 2, 3(a),3(b),3(c) | Bekalan bahan bekalan air |
IV | 1, 2, 3, 4(a)(i),4(a)(ii), 5, 6(a),6(b),6(c),6(d),6(e),6(f),6(g),6(h)(i),6(h)(ii), 7, 8(a),8(b),8(c),8(d), 9, 10, 11, 12, 13 | Bekalan mesin, peralatan/ perkakas pejabat dan bekalan teknikal lain |
V | 1(a),1(b),1(c),1(d),1(e), 2(a),2(b),2(c)(i),2(c)(ii),2(d),2(e),2(f),2(g), 3(a),3(b),3(c),3(d),3(e), 4(a),4(b),4(c),4(d), 5, 6(a),6(b),6(c),6(d), 7 | Bekalan bahan kimia, makmal, agro-chemical, veterinari, akuakultur dan pertanian |
VI | 1(a),1(b),1(c), 2(a),2(b), 3(a),3(b),3(c), 4(a),4(b),4(c),4(d),4(e),4(f),4(g),4(h),4(i), 5, 6(a)(i),6(a)(ii),6(a)(iii),6(b), 7(a),7(b),7(c), 8, 9, 10 | Bekalan am seperti bahan makanan, pakaian seragam, general utility, sukan dan rekreasi, senjata dan peluru, buruh, pengawal keselamatan, peralatan marin dan bot/kapal |
VII | 1(a),1(b)(i),1(b)(ii),1(c), 2(a)(i),2(a)(ii),2(a)(iii),2(a)(iv), 2(b)(i),2(b)(ii), 2(c),2(d), 2(e), 2(f), 3(a),3(b),3(c),3(d), 4(a),4(b), 5(i),5(ii), 6, 7, 8, 9, 10, 11 | Bekalan dan perkhidmatan aircraft, perhidmatan pengangkutan, pembersihan, agen penghantaran dan kurier, pengurusan tempat pelupusan sampah dan desludging tangki septik |
VIII | 1, 2, 3(a),3(b),3(c), 4, 5 | Bekalan buku dan alatulis, perkhidmatan penerbitan dan percetakan |
IX | 1, 2, 3(a)(i),3(a)(ii),3(a)(iii),3(b), 4, 5, 6(a),6(b),6(c), 7 | Perkhidmatan membaiki peralatan muzik, pejabat, pembaikan, pengubahsuaian dan overhaul kenderaan, bekalan papan tanda, kimpalan, pembelian dan pelupusan besi buruk dan kapal karam |
X | 1(a),1(b),1(c),1(d),1(e), 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 | Bekalan struktur menara telekomunikasi, peralatan telekomunikasi, perkhidmatan multimedia dan ICT |
XI | 1(a),1(b),1(c),1(d), 2(a),2(b),2(c),2(d), 3(a),3(b),3(c),3(d) | Peralatan dan bekalan hospital |
1.2 Kelas Pendaftaran Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan
Terdapat tiga (3) Kategori Pendaftaran di bawah Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan. Setiap Kategori mempunyai had kewangan nilai bekalan / perkhidmatan (sebutharga / tender) yang boleh disertai seperti berikut:
Kategori | Had Kewangan Nilai Bekalan / Perkhidmatan Yang Boleh Disertai (RM) |
---|---|
A | Melebihi 1 juta |
B | Melebihi 200,000 sehingga 2 juta |
C | 200,000 ke bawah |
Nota: Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan hanya boleh didaftarkan di bawah satu (1) Kategori bagi Kepala yang sama.
1.3 Yuran Proses Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan
Yuran proses Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan dikenakan untuk permohonan baharu, permohonan semula, pembaharuan, naik kategori dan tambahan Kepala. Ianya adalah tertakluk kepada kategori pendaftaran yang dipohon seperti berikut:
Kategori Yang Dipohon | Yuran Proses Bagi Permohonan Baharu / Permohonan Semula (RM) | Yuran Proses Bagi Permohonan Pembaharuan/ Naik Taraf Kategori/ Tambahan (RM) |
---|---|---|
Kategori C sehingga A | 50 | 25 |
1.4 Yuran Pendaftaran Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan
Yuran Pendaftaran adalah yuran yang dikenakan setelah permohonan diluluskan. Yuran pendaftaran Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Kategori Pendaftaran yang diluluskan tanpa mengira jumlah Kepala seperti berikut:
1.4.1 Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala
Kategori | Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala (RM) |
---|---|
A | 400 (tanpa mengira jumlah Kepala) |
B | 200 (tanpa mengira jumlah Kepala) |
C | 50 (tanpa mengira jumlah Kepala) |
Nota: Jika terdapat dua (2) Kategori dalam pendaftaran untuk Kepala yang berlainan, yuran akan dikenakan mengikut Kategori yang paling tinggi.
1.4.2 Yuran Pendaftaran Naik Kategori
Perbezaan antara yuran pendaftaran bagi Kategori yang baharu dan yuran pendaftaran Kategori yang lama.
Contoh:
Syarikat / firma adalah berdaftar di bawah Kategori C dan memohon untuk Naik Kategori kepada B.
Yuran Naik Kategori yang perlu dibayar adalah Yuran Pendaftaran untuk Kategori B tolak dengan Yuran Pendaftaran Kategori C seperti berikut:
= RM200 (Yuran Kategori B) – RM50 (Yuran Kategori C) = RM150
Maka yuran yang perlu dibayar untuk Naik Kategori dari C ke B ialah RM150
1.4.3 Yuran Pendaftaran Pembaharuan
Yuran Pendaftaran Pembaharuan adalah dicaj sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada kadar Yuran Pendaftaran Baharu seperti berikut:
Kategori | Yuran Pendaftaran Pembaharuan (RM) |
---|---|
A | 200 (tanpa mengira jumlah Kepala) |
B | 100 (tanpa mengira jumlah Kepala) |
C | 25 (tanpa mengira jumlah Kepala) |
Nota: Jika terdapat dua (2) Kategori dalam pendaftaran untuk Kepala yang berlainan, yuran akan dikenakan mengikut Kategori yang paling tinggi.
1.5 Keadah Pembayaran Yuran
Semua bayaran yuran boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan S Pay Global.
1.6 Tempoh Proses Permohonan
No. | Permohonan | Tempoh Proses |
---|---|---|
i. | Baharu / Semula / Naik Kategori / Tambah Kepala / Sub-Kepala | 14 hari bekerja |
ii. | Baharu / Semula / Naik Kategori / Tambah Kepala / Sub-Kepala Untuk Kepala X (Perkhidmatan ICT) | 21 hari bekerja |
iii. | Pembaharuan / Perubahan yang tidak menyebabkan perubahan Kategori / Kepala / Sub-Kepala dan tidak melibatkan Status Bumiputera | 3 hari bekerja |
iv. | Pembaharuan / Perubahan yang menyebabkan perubahan Kategori / Kepala / Sub-Kepala dan melibatkan Status Bumiputera | 14 hari bekerja |
* | Jika melibatkan perubahan kategori/ Kepala/ Sub-Kepala | 30 hari bekerja |
* | Jika melibatkan Status Bumiputera | 30 hari bekerja |
Nota: Untuk mana-mana permohonan kombinasi (i), (ii), (iii) dan (iv) tempoh proses adalah mengikut bilangan hari yang paling lama.
1.7 Tempoh Sahlaku Pendaftaran
Tempoh sahlaku pendaftaran adalah untuk dua (2) tahun sahaja.
1.8 Keputusan Permohonan Dan Sijil Pendaftaran
1.8.1 Keputusan Permohonan
Semua keputusan permohonan berserta yuran pendaftaran yang dikenakan boleh disemak melalui sistem OLAM. Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya keputusan permohonan adalah lulus.
1.8.2 Sijil Pendaftaran
Pemohon boleh mencetak sijil pendaftaran melalui sistem OLAM setelah Yuran Pendaftaran dibuat. Sila rujuk perenggan 1.4 (Yuran Pendaftaran Bidang Kerja) untuk penjelasan mengenai Yuran Pendaftaran dan Kaedah Pembayaran.
2. Syarat Dan Peraturan Permohonan Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan
Kriteria ini tidak terpakai untuk Kepala X (Bekalan / Perkhidmatan Telekomunikasi Dan ICT). Sila rujuk perkara untuk syarat dan peraturan permohonan Kepala X (Bekalan / Perkhidmatan Telekomunikasi Dan ICT) untuk permohonan tersebut.
2.1 Permohonan Baharu / Permohonan Semula / Naik Kategori / Tambah Kepala / Sub- Kepala
2.1.1 Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon
Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin memohon pendaftaran UPKJ hendaklah terlebih dahulu diperbadankan mengikut undang-undang Negara yang berkuat kuasa. Jenis syarikat / firma yang boleh memohon pendaftaran Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Kelas Pendaftaran seperti berikut:
Kategori | Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon |
---|---|
A, B, C | Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan / Enterprise (Perseorangan atau Perkongsian) / Limited Liability Of Partnership / Koperasi |
Bagi pendaftaran Kepala VI/6b (Manpower Supply – Security Guards), jenis syarikat mestilah Sendirian Berhad (Selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri) |
2.1.2 Keperluan Pemilikan Dan Pengurusan Syarikat
Keperluan pemilikan dan pengurusan syarikat adalah seperti berikut:
a. Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) ahli pengurusan sama ada di kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah atau kakitangan yang dilantik sebagai ahli pengurusan.
b. Ahli pengurusan yang bukan terdiri daripada kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP. c. Ahli pengurusan (jika merupakan satu-satunya ahli pengurusan) yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja Di Sarawak (termasuk ahli pengurusan dari kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermautautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
2.1.3 Keperluan Lesen Perniagaan
Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan mestilah mempunyai Lesen Perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan Bidang/ Kepala/ Sub-Kepala yang dipohon. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan, Lesen Perniagaan (IRD.7) seperti berikut boleh diterima, tertakluk sama ada ianya boleh merangkumi bekalan/perkhidmatan yang dipohon:
i. Kepala I – ‘Bahan kejuruteraan awam’ atau ‘Bahan binaan’
ii. Kepala II – ‘Peralatan/mesin/jentera kejuruteraan’ (jika membekal alat, jentera untuk kejuruteraan) atau ‘Kenderaan’ (jika membekal kenderaan) dan sebagainya
iii. Kepala III – ‘Water Supply Materials’
iv. Kepala IV – ‘Peralatan/mesin pejabat’ (jika memohon peralatan untuk kegunaan pejabat), ‘Audio visual’ (jika membekal yang berkaitan audio visual), ‘Peralatan keselamatan’ (jika membekal peralatan keselamatan) dan sebagainya
v. Kepala V – ‘Bahan makmal’ (jika membekal bahan makmal), ‘Bahan kimia’ (jika membekal bahan kimia), ‘Bahan pertanian’ (jika membekal bahan pertanian) dan sebagainya
vi. Kepala VI – ‘Makanan’ (jika membekal bahan makanan & catering), ‘Pakaian’ (jika membekal uniform), ‘Kelengkapan sukan’ (jika membekal peralatan untuk sukan & rekreasi) dan sebagainya
vii. Kepala VII - ‘Aerial Services’ (jika membekal perkhidmatan seperti aerial survey/photography), ‘Pengangkutan’ (jika membekal pengangkutan darat/air), ‘Pembersihan’ (jika membekal perkhidmatan pembersihan) dan sebagainya
viii. Kepala VIII – ‘Buku’ (jika membekal buku), ‘Cetakan’ (jika membekal perkhidmatan percetakan) dan sebagainya
ix. Kepala IX – ‘Alat muzik’ (jika membekal alat muzik), ‘membaiki peralatan/membaiki kenderaan’ (jika membekal perkhidmatan membaiki peralatan/kenderaan), ‘Kimpalan’ (jika membekal perkhidmatan kimpalan) dan sebagainya
x. Kepala XI – Peralatan dan bekalan hospital
2.1.4 Keperluan Pejabat
Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan mestilah mempunyai Premis/ Pejabat yang beroperasi di Sarawak yang sah, sama ada milik sendiri atau disewa (tempoh sewaan masih sahlaku), termasuk jika menyewa di Pusat Inkubator Dan Bimbingan Usahawan (PIBU) secara sepenuh atau separuh masa. Sewaan menggunakan alamat pejabat sahaja (tanpa pejabat fizikal) selain PIBU tidak akan diterima.
Ruang pejabat juga tidak boleh berkongsi dengan Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan lain dan mestilah mempunyai pengasingan operasi yang jelas.
2.1.5 Keperluan Modal
Keperluan modal minimum adalah tertakluk kepada jenis kriteria permohonan yang digunakan dan juga Kelas yang dipohon. Berikut adalah keperluan modal minimum dan bentuk modal yang diperlukan;
Kategori | Keperluan Modal Minimum (RM) |
---|---|
A | Melebihi 200,000 |
B | Melebihi 50,000 |
C | Melebihi 5,000 |
Nota: Bagi pendaftaran Kepala VI/6b (Manpower Supply – Security Guards), syarikat mestilah mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM 600,000 (selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri).
Bentuk Modal:
i. Bagi Syarikat Berhad / Sendirian Berhad bentuk modal ialah Modal Berbayar Syarikat (paid up capital).
ii. Bagi Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan / Perkongsian) / Koperasi / Perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi: a. Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan b. Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)
2.1.6 Keperluan Rekod Kerja / Prinsipal
Syarat–syarat keperluan rekod kerja / prinsipal adalah seperti berikut:
i. Syarikat / firma / koperasi / perbadanan boleh memilih untuk mengemukakan rekod kerja bekalan / perkhidmatan atau prinsipal yang ditetapkan mengikut Kategori seperti berikut:
Kategori | Keperluan Rekod Kerja / Prinsipal |
---|---|
A | Rekod kerja bekalan / perkhidmatan atau prinsipal dengan nilai terkumpul minimum RM 750,000 |
B | Rekod kerja bekalan / perkhidmatan atau prinsipal dengan nilai terkumpul minimum RM 150,000 |
C | Rekod kerja bekalan / perkhidmatan atau prinsipal tanpa mengira nilai |
Nota:
- Rekod Kerja (atas nama Syarikat) yang perlu dibuktikan menggunakan:
a. Surat Tawaran beserta Surat Setuju Terima Kontrak (jika adalah sebagai Kontraktor Utama
b. Surat Tawaran Kerja Kontraktor Utama beserta Surat Persetujuan Sub-Kontrak yang telah dimeterai (jika adalah sebagai Sub-Kontraktor
- Surat Prinsipal perlu menyatakan butiran-butiran berikut:
a. Jenis barang yang diberi prinsipal
b. Jumlah kredit (Ringgit Malaysia)
c. Tempoh Kredit
ii. Untuk Kepala II, Sub-Kepala 1b(i) (vehicles and trailers), syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan mestilah Authorised Dealer. Surat sebagai Authorised Dealer perlu dikemukakan atas nama Syarikat / firma / koperasi /perbadanan yang memohon pendaftaran.
iii. Walaubagaimanapun, terdapat permohonan Kepala / Sub-Kepala yang tidak dapat disokong dengan menggunakan rekod prinsipal. Sila rujuk Appendix I Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan untuk mengetahui Kepala / Sub-Kepala tersebut.
iv. Untuk permohonan Kepala / Sub-Kepala yang memerlukan Sijil-sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas, Rekod Kerja/ Prinsipal adalah dikecualikan. Sila rujuk perkara 2.1.7 (Keperluan Sijil-sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas) untuk mengetahui Kepala / Sub-Kepala yang memerlukan Sijil-sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas.
2.1.7 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas
Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah diperlukan untuk Kepala / Sub-Kepala tertentu sahaja. Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas | Dikeluarkan Oleh |
---|---|---|---|
I | 2d, 2e | Sijil Pendaftaran dengan The Sarawak Timber Industry (Registration) Regulation 2008 Regulation 7(2) | Perbadanan Kemajuan Kayu Sarawak |
I | - | Sijil Pendaftaran dengan The Sarawak Timber Industry (Registration), 1999 Regulation 7(3) | - |
II | 1b(i) | Letter of Authorized Dealer yang masih sahlaku (Yang dikeluarkan oleh pengeluar jenama kenderaan yang berkaitan) Vehicle/ Trailer Manufacturer | Vehicle/ Trailer Manufacturer |
II | 11c | Kebenaran Di Bawah Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Memasar Dan Mengedar Borong / Runcit LPG) | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan |
IV | 6h(ii) | Surat Perakuan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan Alat Pemadam Api | Jabatan Bomba Dan Penyelamat |
V | 2a | Kebenaran Memasar Dan Mengedar Borong Baja (Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974) Perakuan dari syarikat sekiranya Bukan Pemborong dengan mengemukakan: (i) Surat Deklarasi Bukan Pemborong (ii) Surat/ Perihal Prinsipal (iii) Rekod Kerja | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan |
V | 2b | Lesen Menjual / Menyimpan Racun Makhluk Perosak (Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Seksyen 17(2)]) | Jabatan Pertanian Malaysia |
VI | 5 | Lesen Berjual Beli Dan / Atau / Membaiki Senjata Dan Peluru [Undang-Undang Senjata 1960 Seksyen 10(5)] | Polis Diraja Malaysia |
VI | 6b | i. Lesen Untuk Menjalankan Urusan Agensi Persendirian (Seksyen 3, Akta Agensi Persendirian No. 27/71); dan ii. Pendaftaran dengan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Jika menggunakan senjata api, sila kemukakan permit seperti berikut: (a) Surat Kebenaran Membawa Dan Menggunakan Senjata Dan Peluru [Akta Senjata, 1960-Seksyen 4(3)] (b) Lesen Memiliki Senjata Dan Peluru [Akta Senjata, 1960-Seksyen 4(3)] | Kementerian Dalam Negeri Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Polis Diraja Malaysia |
VII | 1b(ii) | Lesen daripada Department of Civil Aviation (DCA) | Department of Civil Aviation (DCA) |
VII | 2a(i) | Lesen Pembawa [LPKP - Lesen Pembawa A] - Lori Am (General Truck) | Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan |
VII | 2a(ii) | Lesen Pembawa [LPKP - Lesen Pembawa A] – Dumper/ Tipper: Lori Sampah (Scavenging) | Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan |
VII | 2a(iii) | Lesen Pembawa [LPKP (Selain Lesen Pembawa C)] - Pengangkutan (Transportation) | Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan |
VII | 2a(iv) | Lesen Pembawa [LPKP (Selain Lesen Pembawa C)] - Pengangkutan (Transportation) atau Perkhidmatan ATAU Surat Deklarasi untuk Pengangkutan Darat Luar Bandar dan Rekod Kerja Bekalan & Perkhidmatan | Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan |
VII | 2b(i, ii) | Permit Pengangkutan Sungai (River Transport Permit) | Lembaga Sungai Sungai Sarawak |
VII | 2d | Permit Pengangkutan Sungai (River Transport Permit) ATAU Surat Deklarasi untuk Pengangkutan Darat Luar Bandar dan Rekod Kerja Bekalan Dan Perkhidmatan | Lembaga Sungai Sungai Sarawak |
VII | 3d | Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004 Pesticide (Pest Control Operator) Rules 2004 (Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Seksyen 17(2)]) | Jabatan Pertanian Malaysia |
VII | 4(a) | Permit Agen Penghantaran Dan Perkapalan (Seksyen 90 Akta Kastam 1967) | Kastam Diraja Malaysia |
VII | 9 | Lesen Akta Industri Pelancongan, 1992 Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dan Perniagaan Agensi Pengembaraan 1992) | Kementerian Pelancongan |
VIII | 3(a) | Lesen Mesin Cetak (Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984) | Kementerian Dalam Negeri |
XI | 2(a) | Lesen Di Bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 dari Kementerian Kesihatan Malaysia | Kementerian Kesihatan Malaysia |
XI | 2(b) | Lesen Akta Racun 1952 dari Pengarah Kesihatan Negeri | Jabatan Kesihatan Negeri |
Nota:
i. Bagi Kepala VII Sub-Kepala 2b(i), 2b(ii) dan 2d, prinsipal bagi pengangkutan sungai yang mempunyai Permit Pengangkutan Sungai bagi Kapal / Feri / Longboat dan pengangkutan sungai lain yang berpermit atas nama syarikat lain (atas dasar sewa) adalah diterima dengan syarat terdapat perjanjian sewa yang sah. Sila pastikan prinsipal yang memberi sewaan pengangkutan tersebut tidak berdaftar dengan UPKJ untuk Kepala dan Sub-Kepala yang sama.
ii. Pemegang lesen kompetensi yang bukan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.
iii. Pemegang lesen kompetensi yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik/ pemegang saham /pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
2.2 Permohonan Baharu / Permohanan Semula / Naik Kategori / Tambah Kepala / Sub-Kepala (Kepala X - Telekomunikasi Dan ICT)
2.2.1 Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon
Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin memohon pendaftaran UPKJ di bawah Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan Kepala X (Telekomunikasi Dan ICT) hendaklah terlebih dahulu diperbadankan mengikut undang-undang Negara yang berkuat kuasa. Jenis syarikat / firma yang boleh memohon pendaftaran Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Kelas Pendaftaran seperti berikut:
Kelas Pendaftaran | Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon |
---|---|
A, B, C | Berhad - Sendirian Berhad - Perbadanan - Enterprise (Perseorangan atau Perkongsian) - Limited Liability Of Partnership - Koperasi |
2.2.2 Keperluan Pemilikan Dan Pengurusan Syarikat
Keperluan pemilikan dan pengurusan syarikat adalah seperti berikut:
a. Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) ahli pengurusan sama ada di kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah atau kakitangan yang dilantik sebagai ahli pengurusan.
b. Ahli pengurusan yang bukan terdiri daripada kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.
c. Ahli pengurusan (jika merupakan satu-satunya ahli pengurusan) yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja Di Sarawak (termasuk ahli pengurusan dari kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermautautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
d. Lapan puluh peratus (80%) ekuiti / saham syarikat / firma/ koperasi / perbadanan dan sembilan puluh peratus (90%) daripada pengurusan mestilah Anak Negeri Sarawak (Keperluan khas yang diperlukan oleh Sarawak Multimedia Authority).
2.2.3 Keperluan Lesen Perniagaan
Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan mestilah mempunyai Lesen Perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan Bidang / Kepala / Sub-Kepala yang dipohon. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan (Kepala X – Telekomunikasi & ICT), Lesen Perniagaan (IRD.7) seperti berikut boleh diterima:
i. Sub-Kepala 1a, 1b, 1c, 1d – ‘Telekomunikasi’
ii. Sub-Kepala 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 – ‘ICT’ atau ‘Teknologi Maklumat’
2.2.4 Keperluan Pejabat
Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai Premis / Pejabat yang beroperasi di Sarawak yang sah, sama ada milik sendiri atau disewa (tempoh sewaan masih sahlaku), termasuk jika menyewa di Pusat Inkubator Dan Bimbingan Usahawan (PIBU) secara sepenuh atau separuh masa. Sewaan menggunakan alamat pejabat sahaja (tanpa pejabat fizikal) selain PIBU tidak akan diterima. Ruang pejabat juga tidak boleh berkongsi dengan Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan lain dan mestilah mempunyai pengasingan operasi yang jelas.
2.2.5 Keperluan Modal
Keperluan modal minimum adalah tertakluk kepada jenis kriteria permohonan yang digunakan dan juga Kelas yang dipohon. Berikut adalah keperluan modal minimum dan bentuk modal yang diperlukan:
Kelas | Keperluan Modal Minimum (RM) |
---|---|
A | Melebihi 200,000 |
B | Melebihi 50,000 |
C | Melebihi 5,000 |
Nota: i. Bagi syarikat berhad/ sendirian berhad bentuk modal ialah modal berbayar syarikat (paid up capital).
ii. Bagi syarikat jenis enterprise (perseorangan/ perkongsian) / koperasi / perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi:
a. Baki akaun bank syarikat / firma/ koperasi / perbadanan
b. Simpanan peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat/ firma jenis enterprise sahaja)
2.2.6 Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal)
Keperluan Kelayakan teknikal (pekerja teknikal) adalah berdasarkan Kategori yang dipohon seperti berikut:
Kategori | Kepala | Sub-Kepala | Keperluan Kelayakan Teknikal |
---|---|---|---|
A, B, C | X | 2 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah atau Diploma berkaitan Information Technology (IT)/ Graphic Design |
A | X | 3, 4, 5 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer Engineering / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja* selama lima (5) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama lapan (8) tahun dalam bidang berkaitan |
B | X | 3, 4, 5 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer Engineering / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama enam (6) tahun dalam bidang berkaitan |
C | X | 3, 4, 5 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer Engineering / Science Computer/ Ijazah lain yang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan |
A | X | 6 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer Engineering / Data Scientist / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja* selama lima (5) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama lapan (8) tahun dalam bidang berkaitan |
B | X | 6 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer Engineering / Data Scientist / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama enam (6) tahun dalam bidang berkaitan |
C | X | 6 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Data Scientist / Computer Engineering / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan |
A | X | 7 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Cyber Security / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja* selama lima (5) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama lapan (8) tahun dalam bidang berkaitan |
B | X | 7 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Cyber Security / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama enam (6) tahun dalam bidang berkaitan |
C | X | 7 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Cyber Security / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan |
A | X | 8 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja* selama lima (5) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama lapan (8) tahun dalam bidang berkaitan |
B | X | 8 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama enam (6) tahun dalam bidang berkaitan |
C | X | 8 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer / Ijazah lain yang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan |
A | X | 9 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Law Of Intellectual Property / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja* selama lima (5) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama lapan (8) tahun dalam bidang berkaitan |
B | X | 9 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Law Of Intellectual Property / Ijazah lain yang berkaitan DAN pengalaman kerja * selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama enam (6) tahun dalam bidang berkaitan |
C | X | 9 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Law Of Intellectual Property / Ijazah lain yang berkaitanATAUSekurang-kurangnya seorang (1) pekerja yang mempunyai pengalaman kerja* selama tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan |
Nota:
Pengalaman kerja* perlu dibuktikan menggunakan Curriculum Vitae (CV)
Pekerja teknikal yang bukan di kalangan pemilik/ pemegang saham/ ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.
Pekerja teknikal yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik/ pemegang saham/ ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
2.2.7 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas
Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah diperlukan untuk Kepala / Sub-Kepala tertentu sahaja. Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas | Dikeluarkan Oleh |
---|---|---|---|
X | 1a | Sijil SIRIM | SIRIM |
X | 1c | Sijil SIRIMValid Department Of Civil Aviation (DCA) Approval Certificate | SIRIMDepartment Of Civil Aviation (DCA) |
X | 1d | Contract From Malaysian Nuclear Agency | Malaysian Nuclear Agency |
X | 4 | License or approval by Bank Negara Malaysia on the specific Fintech area as below:i. e-moneyii. Payment System Operatoriii. Internet and Mobile Banking Services | Bank Negara Malaysia |
Nota: Pemegang lesen kompetensi yang bukan pemilik/ pemegang saham/ ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.
Pemegang lesen kompetensi yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik/ pemegang saham/ ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.