Panduan Permohonan Bidang Elektrikal UPKJ

Panduan Permohonan Bidang Elektrikal UPKJ

By Diadaptasi dari maklumat Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak|10/02/2025
Last updated: 26/02/2025

1. Pengenalan Bidang Elektrikal

Bidang Elektrikal adalah merangkumi kerja-kerja memasang, menyelenggara dan menguji bahagian elektrik sesuatu infrastruktur dan jentera, pendawaian, pencawang elektrik, transmisi dan talian elektrik (overhead line / underground line).

1.1 Pengklasifikasian Bidang Elektrikal

Bidang Elektrikal di klafisikasi menggunakan Kepala dan Sub-Kepala. Terdapat dua (2) Kepala untuk Bidang Elektrikal seperti berikut:

Kepala Sub-Kepala Deskripsi
VIIA 1, 2(a), 2(b) Kerja-kerja pendawaian elektrikal untuk infrastruktur dalam bangunan dan memasang, menyelenggara dan menguji bahagian elektrik jentera.
VIIB 1(a), 1(b), 1(c), 1(d)2(a), 2(b), 2(c), 2(d)3(a), 3(b), 3(c), 3(d)4(a), 4(b), 4(c), 4(d)5(a), 5(b), 5(c), 5(d)6(a), 6(b), 6(c), 6(d)7(a), 7(b), 7(c), 7(d) Kerja-kerja memasang kabel, memasang dan menyelenggara pencawang elektrik, switchgear, transmisi, talian elektrik (overhead line/ underground line) dan lain-lain.

1.2 Kelas Pendaftaran Bidang Elektrikal

1.2.1 Pendaftaran Kepala VIIA

Terdapat empat (4) Kelas Pendaftaran di bawah Bidang Elektrikal untuk Kepala VIIA. Setiap Kelas mempunyai had kewangan nilai kerja (sebutharga / tender) yang boleh disertai seperti berikut:

Kelas Kepala Sub-Kepala Had Kewangan Nilai Kerja Yang Boleh Disertai (RM)
I VIIA 1, 2(a), 2(b) Melebihi 200,000 dan ke atas
II VIIA 1, 2(a), 2(b) 200,000 ke 5 juta
III VIIA 1, 2(a), 2(b) Melebihi 50,000 ke 500,000
IV VIIA 1, 2(a), 2(b) 150,000 ke bawah

Nota: Kepala VIIA hanya boleh didaftarkan di bawah satu (1) Kelas sahaja.

1.2.2 Pendaftaran Kepala VIIB

Terdapat empat (4) Kelas Pendaftaran mengikut had voltan kerja-kerja elektrik untuk Kepala VIIB seperti berikut:

Kelas Kepala Sub-Kepala Had Voltan Kerja Elektrik
I VIIB 1a/2a/3a/4a/5a/6a/7a Melebihi 33kv
II VIIB 1b/2b/3b/4b/5b/6b/7b Hingga 33kv
III VIIB 1c/2c/3c/4c/5c/6c/7c Hingga 11kv
IV VIIB 1d/2d/3d/4d/5d/6d/7d Hingga 415v

Sub-Kepala di bawah Kepala VIIB hanya boleh didaftarkan sama ada di bawah Kelas I, II, III atau IV mengikut had voltan seperti berikut:

a. 1a/2a/3a/4a/5a/6a/7a (jika memohon Kelas I) b. 1b/2b/3b/4b/5b/6b/7b (jika memohon Kelas II) c. 1c/2c/3c/4c/5c/6c/7c (jika memohon Kelas III) d. 1d/2d/3d/4d/5d/6d/7d (jika memohon Kelas IV)

Pemohon hanya boleh memilih untuk berdaftar di bawah salah satu daripada Sub- Kepala di atas mengikut Kelas yang telah ditetapkan.

Contoh: Sub-Kepala 1 boleh di daftarkan di bawah Kelas sepeti berikut:

Kelas Sub-Kepala
I 1a
II 1b
III 1c
IV 1d

Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada Sub-Kepala tersebut sahaja sama ada 1a, 1b, 1c atau 1d. Pilihan melebihi daripada satu (1) Sub-Kepala tersebut seperti 1a dan 1b adalah tidak dibenarkan.

1.3 Yuran Proses Bidang Elektrikal

Yuran proses Bidang Elektrikal dikenakan untuk permohonan baharu, permohonan semula, pembaharuan, naik kelas dan tambahan Kepala. Ianya adalah tertakluk kepada kelas pendaftaran yang dipohon seperti berikut:

No. Kelas Yang Dipohon Yuran Proses Bagi Permohonan Baharu / Permohonan Semula (RM) Yuran Proses Bagi Permohonan Pembaharuan / Naik Kelas / Tambahan Kepala (RM)
a. Kelas I dan II 100 25
b. Kelas III dan IV 50 25
c. Kombinasi a. dan b. 100 25

1.4 Yuran Pendaftaran Bidang Elektrikal

Yuran Pendaftaran adalah yuran yang dikenakan setelah permohonan diluluskan. Yuran pendaftaran Bidang Elektrikal adalah tertakluk kepada Kelas Pendaftaran yang diluluskan seperti berikut:

1.4.1 Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala

Kelas Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala (RM) I 1,200 satu Kepala II 400 satu Kepala III 200 satu Kepala IV 100 satu Kepala

1.4.2 Yuran Pendaftaran Naik Kelas

Perbezaan antara yuran pendaftaran bagi kelas yang Baharu dan yuran pendaftaran sebelumnya untuk Kepala yang di Naik Kelas. Yuran adalah dicaj mengikut per Kepala.

Contoh:
Syarikat / firma adalah berdaftar di bawah Kelas II dan memohon untuk Naik Kelas kepada I.

Yuran Naik Kelas yang perlu dibayar adalah Yuran Pendaftaran untuk Kelas I tolak dengan Yuran Pendaftaran Kelas II seperti berikut:

= RM1200 (Yuran Kelas I) – RM400 (Yuran Kelas II) = RM800

Maka yuran yang perlu dibayar untuk Naik Kelas dari II ke I ialah RM800

1.4.3 Yuran Pendaftaran Pembaharuan

Yuran Pendaftaran Pembaharuan adalah dicaj sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada kadar Yuran Pendaftaran Baharu seperti berikut:

Kelas Yuran Pendaftaran Pembaharuan (RM)
I 600 Satu Kepala
II 200 Satu Kepala
III 100 Satu Kepala
IV 50 Satu Kepala

1.5 Keadah Pembayaran Yuran

Semua bayaran yuran boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan S Pay Global.

1.6 Tempoh Proses Permohonan

Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut:

No. Permohonan Tempoh Proses
i. Baharu / Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala 21 hari bekerja
ii. Pembaharuan / Perubahan yang tidak menyebabkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala dan tidak melibatkan Status Bumiputera 3 hari bekerja
iii. Pembaharuan/ Perubahan yang menyebabkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala dan melibatkan status bumiputera 21 hari bekerja
* Jika melibatkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala 30 hari bekerja
* Jika melibatkan Status Bumiputera 30 hari bekerja

Nota: Untuk mana-mana permohonan kombinasi (i), (ii), (iii) tempoh proses adalah mengikut bilangan hari yang paling lama.

1.7 Tempoh Sahlaku Pendaftaran

Tempoh sahlaku pendaftaran adalah untuk dua (2) tahun sahaja.

1.8 Keputusan Permohonan Dan Sijil Pendaftaran

1.8.1 Keputusan Permohonan

Semua keputusan permohonan berserta yuran pendaftaran yang dikenakan boleh disemak melalui sistem OLAM. Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya keputusan permohonan adalah lulus.

1.8.2 Sijil Pendaftaran

Pemohon boleh mencetak sijil pendaftaran melalui sistem OLAM setelah Yuran Pendaftaran dibuat. Sila rujuk perenggan 1.4 (Yuran Pendaftaran Bidang Kerja) untuk penjelasan mengenai Yuran Pendaftaran dan Kaedah Pembayaran.


2. Syarat Dan Peraturan Permohonan Bidang Elektrikal

2.1 Permohonan Baharu / Permohonan Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala

2.1.1 Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon

Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin memohon pendaftaran UPKJ hendaklah terlebih dahulu diperbadankan mengikut undang-undang Negara yang berkuat kuasa. Jenis syarikat / firma yang boleh memohon pendaftaran Bidang Elektrikal adalah seperti berikut:

Kelas Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon
I, II, III, IV Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan / Enterprise (Persorangan atau Perkongsian) / Limited Liabiliti Of Partnerhsip / Koperasi

2.1.2 Keperluan Pendaftaran CIDB

Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin berdaftar dengan UPKJ di bawah Bidang Kerja hendaklah berdaftar dengan CIDB terlebih dahulu, selaras dengan Akta 520, Akta Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, Bahagian IV, Perkara 25 yang menyatakan:

“No person shall carry out or complete, undertake to carry out or complete any construction work or hold himself out as a contractor, unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga under this Act”

Pemohon diwajibkan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB Kategori Mekanikal dan Kategori Elektrikal (ME) mana-mana gred.

2.1.3 Keperluan Pemilikan Dan Pengurusan Syarikat

Keperluan pemilikan dan pengurusan syarikat adalah seperti berikut:

a. Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) ahli pengurusan sama ada di kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah atau kakitangan yang dilantik sebagai ahli pengurusan.

b. Ahli pengurusan yang bukan terdiri daripada kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.

c. Ahli pengurusan (jika merupakan satu-satunya ahli pengurusan) yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja Di Sarawak (termasuk ahli pengurusan dari kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).

2.1.4 Keperluan Lesen Perniagaan

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah Mempunyai Lesen Perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan Bidang yang dipohon. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Elektrikal, Lesen Perniagaan (IRD.7) ‘kerja-kerja elektrik’ atau ‘elektrikal’ adalah boleh diterima.

2.1.5 Keperluan Pejabat

Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan mestilah mempunyai Premis / Pejabat yang beroperasi di Sarawak yang sah, sama ada milik sendiri atau disewa (tempoh sewaan masih sahlaku), termasuk jika menyewa di Pusat Inkubator Dan Bimbingan Usahawan (PIBU) secara sepenuh atau separuh masa. Sewaan menggunakan alamat pejabat sahaja (tanpa pejabat fizikal) selain PIBU tidak akan diterima. Ruang pejabat juga tidak boleh berkongsi dengan Syarikat / firma / koperasi / perbadanan lain dan mestilah mempunyai pengasingan operasi yang jelas.

2.1.6 Keperluan Modal

Keperluan modal minimum adalah tertakluk kepada Kelas yang dipohon seperti berikut:

Kelas Keperluan Modal Minimum (RM)
I Melebihi 100,000
II Melebihi 50,000
III Melebihi 25,000
IV Melebihi 7,500

Bentuk Modal:

i. Bagi Syarikat Berhad / Sendirian Berhad bentuk modal ialah Modal Berbayar Syarikat (paid up capital).

ii. Bagi Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan / Perkongsian) / Koperasi / Perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi: a. Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan b. Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)

2.1.7Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal)

Keperluan kelayakan teknikal (pekerja teknikal) adalah berdasarkan Kelas yang dipohon seperti berikut:

Kelas Keperluan Kelayakan Teknikal
I, II Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik
III Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik
IV Pemilik syarikat sekurang-kurangnya mempunyai sijil berhenti sekolah Darjah Enam (6) *Untuk Permohonan Baharu sahaja. Tidak terpakai untuk Permohonan Naik Kelas / Tambah-Kepala / Sub-Kepala

Nota:
Pekerja teknikal yang bukan di kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.

Pekerja teknikal yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah).
Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).

2.1.8 Keperluan Rekod Kerja / Rekod Kursus

Kelas Keperluan Rekod Kerja Keperluan Rekod Kursus
I, II, III, IV Rekod kerja tidak diperlukan. Mandatori mempunyai kerja kompeten (sila rujuk keperluan sijil-sijil kompetensi / permit / lesen khas Bidang Elektrikal) Rekod kursus Safety Awareness Working Near Overhead Line untuk Kepala VIIB Sub-Kepala 7b, 7c dan 7d sahaja

2.1.9 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas

Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah diperlukan untuk Kepala / Sub-Kepala tertentu sahaja. Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah seperti berikut:

Kepala Sub-Kepala Kompetensi/Lesen/Permit Khas Dikeluarkan Oleh
VIIA 1 Wireman Single phase (Grade II) atau three phase (Grade I) atau Chargeman L1 EIC Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIA 2a, 2b Wireman single phase (Grade II) atau three phase (Grade I) atau Chargeman L1 -
VIIB 1a Cable Jointer Melebihi 33kv -
VIIB 1b Sehingga 33kv -
VIIB 1c Sehingga 11kv -
VIIB 1d Sehingga 415V -
VIIB 2a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Overhead Line H2, H2 (OH) (Melebihi 33kv) -
VIIB 2b H2, H2 (OH) Sehingga 33kv -
VIIB 2c H2, H2 (OH) Sehingga 11kv -
VIIB 2d L2, L2 (OH) Sehingga 415V -
VIIB 3a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Underground Cabling H2, H2 (UG) (Melebihi 33kv) -
VIIB 3b H2, H2 (UG) Sehingga 33kv -
VIIB 3c H2, H2 (UG) Sehingga 11kv -
VIIB 3d L2, L2 (UG) Sehingga 415V -
VIIB 4a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Switchgear & Substation H1 (Melebihi 33kv) -
VIIB 4b H1 Sehingga 33kv -
VIIB 4c H1 Sehingga 11kv -
VIIB 4d L1 Sehingga 415V -
VIIB 5a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Aerial Cables Installation H2, H2 (OH) (Melebihi 33kv) -
VIIB 5b H2, H2 (OH) Sehingga 33kv -
VIIB 5c H2, H2 (OH) Sehingga 11kv -
VIIB 5d L2, L2 (OH) Sehingga 415V -
VIIB 6a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Transmission Lines Maintenance Works H2, H2 (OH) (Melebihi 33kv) -
VIIB 6b H2, H2 (OH) Sehingga 33kv -
VIIB 6c H2, H2 (OH) Sehingga 11kv -
VIIB 6d L2, L2 (OH) Sehingga 415V -
VIIB 7a Safety Awareness Working Near Overhead Line Melebihi 33kv ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Overhead Line – 245 KV Sarawak Energy Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 7b Safety Awareness Working Near Overhead Line Sehingga 33kv Sarawak Energy
VIIB 7c Sehingga 11kv -
VIIB 7d Sehingga 415V -

Definisi: EIC: Electrical Installation Contractor
ESE : Electrical Service Engineer
CEE : Competent Electrical Engineer
ES: Electrical Supervisor

Nota:
Pemegang lesen kompetensi yang bukan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.

Pemegang lesen kompetensi yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).

2.1.10 Keperluan Kursus Keselamatan

Pemohon hendaklah mengemukakan bukti telah menghadiri kursus asas keselamatan dengan mengemukakan dokumen mengikut Kelas Pendaftaran seperti berikut:

Kelas Kursus Keselamatan yang Diiktiraf
I / II (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku); atau(ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh; atau(iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku); atau(iv) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan
III / IV (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku); atau(ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh; atau(iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku); atau(iv) Green Card CIDB (yang masih sahlaku); atau(v) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan

Nota:

  1. Pemegang Sijil / Kad Keselamatan yang bukan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP

  2. Pemegang Sijil / Kad Keselamatan yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini