Panduan Permohonan Bidang Kerja UPKJ (Kepala IX - Pengurusan Fasiliti)

Panduan Permohonan Bidang Kerja UPKJ (Kepala IX - Pengurusan Fasiliti)

By Diadaptasi dari maklumat Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak|10/02/2025
Last updated: 25/02/2025

1. Pengenalan Bidang Kerja

Bidang Kerja adalah merangkumi kerja-kerja pembinaan infrastruktur fizikal termasuk pembinaan baharu, naik taraf, baik pulih dan penyelenggaraan.

1.1 Pengklasifikasian Bidang Kerja

bidang Kerja diklasifikasi menggunakan Kepala dan Sub-Kepala. Terdapat tujuh (7) Kepala di bawah Bidang Kerja seperti berikut:

Kepala Sub-Kepala Deskripsi
I 1, 2a(i), 2a(ii), 2b(i), 2b(ii), 2c(i), 2c(ii), 3a(i), 3a(ii), 3b, 3c, 4(a), 4(b), 4(c), 4(d), 5(a), 5(b), 6, 7, 8 Kerja-kerja kejuruteraan am seperti cerucuk jambatan, dermaga, jeti, jejambat, perlindungan hakisan, takungan, empangan, penyambungan paip, telaga tiub, geoteknikal (soil investigation), terowong, lapangan terbang dan jalan keretapi
II 1(a), 1(b), 1(c), 1(d), 2(a), 2(b), 3(a), 3(b), 3(c), 4, 5(a), 5(b), 5(c), 6, 7, 8, 9, 10(a), 10(b), 10(c), 10(d), 10(e), 11 Kerja-kerja bangunan, IBS, pemasangan paip & sanitasi, pagar / pintu pagar, perhentian bas, lain-lain struktur yang berkaitan, hiasan dalaman dan pemuliharaan warisan
III 1(a), 1(b), 1(c), 1(d), 1(e), 2(a), 2(b), 2(c), 2(d), 3(a), 3(b), 3(c), 4(a), 4(b), 4(c) Kerja-kerja tanah, pembersihan tapak binaan, penebangan hutan, teres, jalan, laluan pejalan kaki, susur jalan, garisan jalan (road lining) termasuk lintasan belang dan pembahagi/sekatan jalan
IV 1(a), 1(b), 2(a), 2(b), 3, 4(a), 4(b) Kerja-kerja perparitan, saliran dan pembentungan
VI 1, 2, 3, 4, 5(a), 5(b), 5(c), 5(d), 6 Kerja-kerja tapak semaian, penanaman pokok / hutan / tanaman lain / perladangan, silvikultur, sempadan hutan, hutan simpan, landskap, pemangkasan pokok-pokok hiasan, penanaman rumput, taman permainan
VIII 1(a), 1(b), 2(a), 2(b), 2(c), 2(d), 2(e), 2(f), 3(a), 3(b) Kerja-kerja telekomunikasi, pemasangan alatan fiber / radio frequency / VSAT / peralatan tanpa wayar dan talian fiber
IX 1, 2 Fasiliti Bangunan Dan Infrastruktur Am, Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan

1.2 Kelas Pendaftaran Bidang Kerja (Kepala IX - Pengurusan Fasiliti)

Terdapat enam (6) Kelas Pendaftaran di bawah Bidang Kerja. Setiap Kelas mempunyai had kewangan nilai kerja (sebutharga / tender) yang boleh disertai seperti berikut:

Kelas Had Kewangan Nilai Kerja Yang Boleh Disertai (RM)
A Melebihi 10 juta
B Melebihi 5 juta sehingga 10 juta
C Melebihi 3 juta sehingga 5 juta
D Melebihi 1 juta sehingga 3 juta
E Melebihi 200,000 sehingga 1 juta
F 200,000 ke bawah

Nota: Untuk Kepala IX, pendaftaran hanya dibuka kepada Kelas A dan B sahaja.

Bidang Kerja hanya boleh didaftarkan di bawah satu (1) Kelas bagi Kepala yang sama.

1.3 Yuran Proses Bidang Kerja

Yuran proses Bidang Kerja dikenakan untuk permohonan baharu, permohonan semula, pembaharuan, naik kelas dan tambahan Kepala. Ianya adalah tertakluk kepada kelas pendaftaran yang dipohon seperti berikut:

No. Kelas Yang Dipohon Yuran Proses Bagi Permohonan Baharu / Permohonan Semula (RM) Yuran Proses Bagi Permohonan Pembaharuan / Naik Kelas / Tambahan Kepala (RM)
a. Kelas C sehingga A 100 25
b. Kelas F sehingga D 50 25
c. Kombinasi a. dan b. 100 25

1.4 Yuran Pendaftaran Bidang Kerja

Yuran Pendaftaran adalah yuran yang dikenakan setelah permohonan diluluskan. Yuran pendaftaran Bidang Kerja adalah tertakluk kepada Kelas Pendaftaran yang diluluskan seperti berikut:

1.4.1 Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala

Kelas Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala (RM)
A 1,000 satu Kepala
B 700 satu Kepala
C 400 satu Kepala
D 100 satu Kepala
E 30 satu Kepala
F 10 satu Kepala

1.4.2 Yuran Pendaftaran Naik Kelas

Perbezaan antara yuran pendaftaran bagi kelas yang baharu dan yuran pendaftaran sebelumnya untuk Kepala yang di Naik Kelas. Yuran adalah dicaj mengikut per Kepala.

Contoh: Syarikat / firma adalah berdaftar di bawah Kelas F dan memohon untuk Naik Kelas kepada E.

Yuran Naik Kelas yang perlu dibayar adalah Yuran Pendaftaran untuk Kelas E tolak dengan Yuran Pendaftaran Kelas F seperti berikut:

= RM30 (Yuran Kelas E) - RM10 (Yuran Kelas F)
= RM20

Maka yuran yang perlu dibayar untuk Naik Kelas dari F ke E ialah RM20

1.4.3 Yuran Pendaftaran Pembaharuan

Yuran Pendaftaran Pembaharuan adalah dicaj sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada kadar Yuran Pendaftaran Baharu seperti berikut:

Kelas Yuran Pendaftaran Pembaharuan (RM)
A 500 Satu Kepala
B 350 Satu Kepala
C 200 Satu Kepala
D 50 Satu Kepala
E 15 Satu Kepala
F 5 Satu Kepala

1.5 Keadah Pembayaran Yuran

Semua bayaran yuran boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan S Pay Global.

1.6 Tempoh Proses Permohonan

Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut:

No. Permohonan Tempoh Proses Catatan
i. Permohonan Baharu / Permohonan Semula Kelas F 30 hari bekerja Termasuk masa menunggu temuduga Status Temuduga
ii. Permohonan Tambah Kepala Kelas F 30 hari bekerja Jika tidak mempunyai Status Bumiputera sebelum ini14 hari bekerja jika sudah mempunyai Status Bumiputera
iii. Baharu /Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala (Kelas E sehingga A) 14 hari bekerja -
iv. Baharu / Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala (Kelas E sehingga A) Untuk Kepala VIII 21 hari bekerja -
v. Pembaharuan / Perubahan yang tidak menyebabkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala dan tidak melibatkan Status Bumiputera 3 hari bekerja -
vi. Perubahan yang menyebabkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala dan melibatkan Status Bumiputera 14 hari bekerja (jika melibatkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala)30 hari bekerja (jika perubahan melibatkan Status Bumiputera) -

Nota: Untuk mana-mana permohonan kombinasi (i), (ii), (iii), (iv), (v) dan (vi) tempoh proses adalah mengikut bilangan hari yang paling lama.

1.7 Tempoh Sahlaku Pendaftaran

Tempoh sahlaku pendaftaran adalah untuk dua (2) tahun sahaja.

1.8 Keputusan Permohonan Dan Sijil Pendaftaran

1.8.1 Keputusan Permohonan

Semua keputusan permohonan berserta yuran pendaftaran yang dikenakan boleh disemak melalui sistem OLAM. Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya keputusan permohonan adalah lulus.

1.8.2 Sijil Pendaftaran

Pemohon boleh mencetak sijil pendaftaran melalui sistem OLAM setelah Yuran Pendaftaran dibuat. Sila rujuk perenggan 1.4 (Yuran Pendaftaran Bidang Kerja) untuk penjelasan mengenai Yuran Pendaftaran dan Kaedah Pembayaran.


2. Syarat Dan Peraturan Permohonan Bidang Kerja

Terdapat dua (2) set kriteria untuk permohonan Bidang Kerja seperti berikut: A. Untuk Syarikat Yang Mempunyai Rekod Kerja B. Untuk Syarikat Yang Tidak Mempunyai Rekod Kerja Pemohon boleh memilih untuk menggunakan salah satu kriteria atau kombinasi kedua-dua kriteria tersebut di dalam satu permohonan.

Contoh: Di dalam satu permohonan. Kepala I adalah dipohon menggunakan kriteria Syarikat Yang Mempunyai Rekod Kerja manakala Kepala II dipohon menggunakan kriteria Syarikat Yang Tidak Mempunyai Rekod Kerja.

Kriteria ini tidak terpakai untuk Kepala I (4d, 7, 8), Kepala II (9, 10a, 10b, 10c, 10d, 10e), Kepala VIII (Kerja kerja Telekomunikasi) dan Kepala IX (Pengurusan Fasiliti). Sila rujuk syarat dan peraturan permohonan Kepala I (4d, 7, 8), Kepala II (9, 10a, 10b, 10c, 10d, 10e), Kepala VIII (Kerja-kerja Telekomunikasi) dan Kepala IX (Pengurusan Fasiliti) untuk mengetahui kriteria untuk Kepala I (4d, 7, 8), Kepala II (9, 10a, 10b, 10c, 10d, 10e), VIII dan IX.

2.3 Permohonan Baharu / Permohonan Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala (Kepala IX - Pengurusan Fasiliti)

2.3.1 Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon

Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin memohon pendaftaran UPKJ (Kepala IX - Pengurusan Fasiliti) hendaklah terlebih dahulu diperbadankan mengikut undang-undang Negara yang berkuat kuasa. Jenis syarikat / firma yang boleh memohon pendaftaran Kepala IX adalah tertakluk kepada kelas pendaftaran seperti berikut:

Kelas Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon
A Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan
B, C, D, E, F Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan / Enterprise (Persorangan atau Perkongsian) / Limited Liabiliti Of Partnerhsip / Koperasi

2.3.2 Keperluan Pendaftaran CIDB

Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin berdaftar dengan UPKJ di bawah Bidang Kerja hendaklah berdaftar dengan CIDB terlebih dahulu, selaras dengan Akta 520, Akta Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, Bahagian IV, Perkara 25 yang menyatakan:

“No person shall carry out or complete, undertake to carry out or complete any construction work or hold himself out as a contractor, unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga under this Act”

Bagi Kepala IX, Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB yang diperlukan adalah seperti di bawah:

Kelas Sub-Kepala Keperluan Pendaftaran Kontraktor CIDB
A 1 F01: G7 atau G6 atau G5
B 1 F01: G7 atau G6 atau G5 atau G4
A 2 F02: G7 atau G6 atau G5
B 2 F02: G7 atau G6 atau G5 atau G4

2.3.3 Keperluan Lesen Perniagaan

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai lesen perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan bidang / Kepala / Sub-Kepala yang dipohon. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Kerja (Kepala IX – Pengurusan Fasiliti), Lesen Perniagaan (IRD.7) ‘Pengurusan Fasiliti’ adalah boleh diterima.

2.3.4 Keperluan Pejabat

Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan mestilah mempunyai Premis/ Pejabat yang beroperasi di Sarawak yang sah, sama ada milik sendiri atau disewa (tempoh sewaan masih sahlaku), termasuk jika menyewa di Pusat Inkubator Dan Bimbingan Usahawan (PIBU) secara sepenuh atau separuh masa. Sewaan menggunakan alamat pejabat sahaja (tanpa pejabat fizikal) selain PIBU tidak akan diterima.
Ruang pejabat juga tidak boleh berkongsi dengan syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan lain dan mestilah mempunyai pengasingan operasi yang jelas.

2.3.5 Keperluan Modal

Keperluan modal minimum adalah tertakluk kepada jenis kriteria permohonan yang digunakan dan juga kelas yang dipohon. Berikut adalah keperluan modal minimum dan bentuk modal yang diperlukan;

Kelas Keperluan Modal Minimum (RM)
A Melebihi 600,000
B Melebihi 400,000

Nota: i. Bagi syarikat berhad/ sendirian berhad bentuk modal ialah modal berbayar syarikat (paid up capital).

ii. Bagi syarikat jenis enterprise (perseorangan/ perkongsian) / koperasi / perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi:

a. Baki akaun bank syarikat / firma/ koperasi / perbadanan
b. Simpanan peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat/ firma jenis enterprise sahaja)


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini