1. Pengenalan Bidang Kerja
Bidang Kerja adalah merangkumi kerja-kerja pembinaan infrastruktur fizikal termasuk pembinaan baharu, naik taraf, baik pulih dan penyelenggaraan.
1.1 Pengklasifikasian Bidang Kerja
bidang Kerja diklasifikasi menggunakan Kepala dan Sub-Kepala. Terdapat tujuh (7) Kepala di bawah Bidang Kerja seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Deskripsi |
---|---|---|
I | 1, 2a(i), 2a(ii), 2b(i), 2b(ii), 2c(i), 2c(ii), 3a(i), 3a(ii), 3b, 3c, 4(a), 4(b), 4(c), 4(d), 5(a), 5(b), 6, 7, 8 | Kerja-kerja kejuruteraan am seperti cerucuk jambatan, dermaga, jeti, jejambat, perlindungan hakisan, takungan, empangan, penyambungan paip, telaga tiub, geoteknikal (soil investigation), terowong, lapangan terbang dan jalan keretapi |
II | 1(a), 1(b), 1(c), 1(d), 2(a), 2(b), 3(a), 3(b), 3(c), 4, 5(a), 5(b), 5(c), 6, 7, 8, 9, 10(a), 10(b), 10(c), 10(d), 10(e), 11 | Kerja-kerja bangunan, IBS, pemasangan paip & sanitasi, pagar / pintu pagar, perhentian bas, lain-lain struktur yang berkaitan, hiasan dalaman dan pemuliharaan warisan |
III | 1(a), 1(b), 1(c), 1(d), 1(e), 2(a), 2(b), 2(c), 2(d), 3(a), 3(b), 3(c), 4(a), 4(b), 4(c) | Kerja-kerja tanah, pembersihan tapak binaan, penebangan hutan, teres, jalan, laluan pejalan kaki, susur jalan, garisan jalan (road lining) termasuk lintasan belang dan pembahagi/sekatan jalan |
IV | 1(a), 1(b), 2(a), 2(b), 3, 4(a), 4(b) | Kerja-kerja perparitan, saliran dan pembentungan |
VI | 1, 2, 3, 4, 5(a), 5(b), 5(c), 5(d), 6 | Kerja-kerja tapak semaian, penanaman pokok / hutan / tanaman lain / perladangan, silvikultur, sempadan hutan, hutan simpan, landskap, pemangkasan pokok-pokok hiasan, penanaman rumput, taman permainan |
VIII | 1(a), 1(b), 2(a), 2(b), 2(c), 2(d), 2(e), 2(f), 3(a), 3(b) | Kerja-kerja telekomunikasi, pemasangan alatan fiber / radio frequency / VSAT / peralatan tanpa wayar dan talian fiber |
IX | 1, 2 | Fasiliti Bangunan Dan Infrastruktur Am, Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan |
1.2 Kelas Pendaftaran Bidang Kerja
Terdapat enam (6) Kelas Pendaftaran di bawah Bidang Kerja. Setiap Kelas mempunyai had kewangan nilai kerja (sebutharga / tender) yang boleh disertai seperti berikut:
Kelas | Had Kewangan Nilai Kerja Yang Boleh Disertai (RM) |
---|---|
A | Melebihi 10 juta |
B | Melebihi 5 juta sehingga 10 juta |
C | Melebihi 3 juta sehingga 5 juta |
D | Melebihi 1 juta sehingga 3 juta |
E | Melebihi 200,000 sehingga 1 juta |
F | 200,000 ke bawah |
Nota: Untuk Kepala IX, pendaftaran hanya dibuka kepada Kelas A dan B sahaja.
Bidang Kerja hanya boleh didaftarkan di bawah satu (1) Kelas bagi Kepala yang sama.
1.3 Yuran Proses Bidang Kerja
Yuran proses Bidang Kerja dikenakan untuk permohonan baharu, permohonan semula, pembaharuan, naik kelas dan tambahan Kepala. Ianya adalah tertakluk kepada kelas pendaftaran yang dipohon seperti berikut:
No. | Kelas Yang Dipohon | Yuran Proses Bagi Permohonan Baharu / Permohonan Semula (RM) | Yuran Proses Bagi Permohonan Pembaharuan / Naik Kelas / Tambahan Kepala (RM) |
---|---|---|---|
a. | Kelas C sehingga A | 100 | 25 |
b. | Kelas F sehingga D | 50 | 25 |
c. | Kombinasi a. dan b. | 100 | 25 |
1.4 Yuran Pendaftaran Bidang Kerja (Kepala VIII - Kerja-Kerja Telekomunikasi)
Yuran Pendaftaran adalah yuran yang dikenakan setelah permohonan diluluskan. Yuran pendaftaran Bidang Kerja adalah tertakluk kepada Kelas Pendaftaran yang diluluskan seperti berikut:
1.4.1 Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala
Kelas | Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala (RM) |
---|---|
A | 1,000 satu Kepala |
B | 700 satu Kepala |
C | 400 satu Kepala |
D | 100 satu Kepala |
E | 30 satu Kepala |
F | 10 satu Kepala |
1.4.2 Yuran Pendaftaran Naik Kelas
Perbezaan antara yuran pendaftaran bagi kelas yang baharu dan yuran pendaftaran sebelumnya untuk Kepala yang di Naik Kelas. Yuran adalah dicaj mengikut per Kepala.
Contoh: Syarikat / firma adalah berdaftar di bawah Kelas F dan memohon untuk Naik Kelas kepada E.
Yuran Naik Kelas yang perlu dibayar adalah Yuran Pendaftaran untuk Kelas E tolak dengan Yuran Pendaftaran Kelas F seperti berikut:
= RM30 (Yuran Kelas E) - RM10 (Yuran Kelas F)
= RM20
Maka yuran yang perlu dibayar untuk Naik Kelas dari F ke E ialah RM20
1.4.3 Yuran Pendaftaran Pembaharuan
Yuran Pendaftaran Pembaharuan adalah dicaj sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada kadar Yuran Pendaftaran Baharu seperti berikut:
Kelas | Yuran Pendaftaran Pembaharuan (RM) |
---|---|
A | 500 Satu Kepala |
B | 350 Satu Kepala |
C | 200 Satu Kepala |
D | 50 Satu Kepala |
E | 15 Satu Kepala |
F | 5 Satu Kepala |
1.5 Keadah Pembayaran Yuran
Semua bayaran yuran boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan S Pay Global.
1.6 Tempoh Proses Permohonan
Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut:
No. | Permohonan | Tempoh Proses | Catatan |
---|---|---|---|
i. | Permohonan Baharu / Permohonan Semula Kelas F | 30 hari bekerja | Termasuk masa menunggu temuduga Status Temuduga |
ii. | Permohonan Tambah Kepala Kelas F | 30 hari bekerja | Jika tidak mempunyai Status Bumiputera sebelum ini14 hari bekerja jika sudah mempunyai Status Bumiputera |
iii. | Baharu /Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala (Kelas E sehingga A) | 14 hari bekerja | - |
iv. | Baharu / Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala (Kelas E sehingga A) Untuk Kepala VIII | 21 hari bekerja | - |
v. | Pembaharuan / Perubahan yang tidak menyebabkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala dan tidak melibatkan Status Bumiputera | 3 hari bekerja | - |
vi. | Perubahan yang menyebabkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala dan melibatkan Status Bumiputera | 14 hari bekerja (jika melibatkan perubahan Kelas / Kepala / Sub-Kepala)30 hari bekerja (jika perubahan melibatkan Status Bumiputera) | - |
Nota: Untuk mana-mana permohonan kombinasi (i), (ii), (iii), (iv), (v) dan (vi) tempoh proses adalah mengikut bilangan hari yang paling lama.
1.7 Tempoh Sahlaku Pendaftaran
Tempoh sahlaku pendaftaran adalah untuk dua (2) tahun sahaja.
1.8 Keputusan Permohonan Dan Sijil Pendaftaran
1.8.1 Keputusan Permohonan
Semua keputusan permohonan berserta yuran pendaftaran yang dikenakan boleh disemak melalui sistem OLAM. Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya keputusan permohonan adalah lulus.
1.8.2 Sijil Pendaftaran
Pemohon boleh mencetak sijil pendaftaran melalui sistem OLAM setelah Yuran Pendaftaran dibuat. Sila rujuk perenggan 1.4 (Yuran Pendaftaran Bidang Kerja) untuk penjelasan mengenai Yuran Pendaftaran dan Kaedah Pembayaran.
2. Syarat Dan Peraturan Permohonan Bidang Kerja
Terdapat dua (2) set kriteria untuk permohonan Bidang Kerja seperti berikut: A. Untuk Syarikat Yang Mempunyai Rekod Kerja B. Untuk Syarikat Yang Tidak Mempunyai Rekod Kerja Pemohon boleh memilih untuk menggunakan salah satu kriteria atau kombinasi kedua-dua kriteria tersebut di dalam satu permohonan.
Contoh: Di dalam satu permohonan. Kepala I adalah dipohon menggunakan kriteria Syarikat Yang Mempunyai Rekod Kerja manakala Kepala II dipohon menggunakan kriteria Syarikat Yang Tidak Mempunyai Rekod Kerja.
Kriteria ini tidak terpakai untuk Kepala I (4d, 7, 8), Kepala II (9, 10a, 10b, 10c, 10d, 10e), Kepala VIII (Kerja kerja Telekomunikasi) dan Kepala IX (Pengurusan Fasiliti). Sila rujuk syarat dan peraturan permohonan Kepala I (4d, 7, 8), Kepala II (9, 10a, 10b, 10c, 10d, 10e), Kepala VIII (Kerja-kerja Telekomunikasi) dan Kepala IX (Pengurusan Fasiliti) untuk mengetahui kriteria untuk Kepala I (4d, 7, 8), Kepala II (9, 10a, 10b, 10c, 10d, 10e), VIII dan IX.
2.2 Permohonan Baharu / Permohonan Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala (Kepala VIII – Kerja-Kerja Telekomunikasi)
2.2.1 Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon
Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin memohon pendaftaran UPKJ (Kepala VIII - Kerja-Kerja Telekomunikasi) hendaklah terlebih dahulu diperbadankan mengikut undang-undang Negara yang berkuat kuasa. Jenis syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang boleh memohon pendaftaran Bidang Kerja adalah tertakluk kepada Kelas Pendaftaran seperti berikut:
Kelas | Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon |
---|---|
A | Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan |
B, C, D, E, F | Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan / Enterprise (Persorangan atau Perkongsian) / Limited Liabiliti Of Partnerhsip / Koperasi |
2.2.2 Keperluan Pendaftaran CIDB
Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin berdaftar dengan UPKJ di bawah Bidang Kerja hendaklah berdaftar dengan CIDB terlebih dahulu, selaras dengan Akta 520, Akta Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, Bahagian IV, Perkara 25 yang menyatakan:
“No person shall carry out or complete, undertake to carry out or complete any construction work or hold himself out as a contractor, unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga under this Act”
Bagi Kepala VIII, syarikat / firma / koperasi / perbadanan diwajibkan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB Kategori Kejuruteraan Awam (CE) dan / atau Kategori Mekanikal dan Kategori Elektrikal (ME) mana-mana gred.
2.2.3 Keperluan Pemilikan Dan Pengurusan Syarikat
Keperluan pemilikan dan pengurusan syarikat adalah seperti berikut:
A. Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai sekurang kurangnya seorang (1) ahli pengurusan sama ada pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah atau kakitangan yang dilantik sebagai ahli pengurusan.
B. Ahli pengurusan yang bukan terdiri daripada kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.
C. Ahli pengurusan (jika merupakan satu-satunya ahli pengurusan) yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan permit bekerja di Sarawak (termasuk ahli pengurusan dari kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
D. Lapan puluh peratus (80%) ekuiti / saham syarikat / firma/ koperasi / perbadanan dan sembilan puluh peratus (90%) daripada pengurusan mestilah Anak Negeri Sarawak (Keperluan khas yang diperlukan oleh Sarawak Multimedia Authority).
2.2.4 Keperluan Lesen Perniagaan
Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai lesen perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan bidang / Kepala / Sub-Kepala yang dipohon. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Kerja (Kepala VIII – Kerja-Kerja Telekomunikasi), Lesen Perniagaan (IRD.7) ‘kerja-kerja telekomunikasi’ atau ‘telekomunikasi’ adalah boleh diterima.
2.2.5 Keperluan Pejabat
Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan mestilah mempunyai Premis/ Pejabat yang
beroperasi di Sarawak yang sah, sama ada milik sendiri atau disewa (tempoh sewaan
masih sahlaku), termasuk jika menyewa di Pusat Inkubator Dan Bimbingan Usahawan
(PIBU) secara sepenuh atau separuh masa. Sewaan menggunakan alamat pejabat sahaja
(tanpa pejabat fizikal) selain PIBU tidak akan diterima.
Ruang pejabat juga tidak boleh berkongsi dengan syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan
lain dan mestilah mempunyai pengasingan operasi yang jelas.
2.2.6 Keperluan Modal
Berikut adalah keperluan modal minimum dan bentuk modal yang diperlukan untuk Kepala VIII;
Kelas | Keperluan Modal Minimum (RM) untuk Syarikat Yang Mempunyai Rekod Kerja | Keperluan Modal Minimum (RM) untuk Syarikat Yang Tidak Mempunyai Rekod Kerja |
---|---|---|
A | Melebihi 600,000 | Melebihi 800,000 |
B | Melebihi 400,000 | Melebihi 600,000 |
C | Melebihi 100,000 | Melebihi 200,000 |
D | Melebihi 35,000 | Melebihi 50,000 |
E | Melebihi 17,500 | Melebihi 17,500 |
F | Melebihi 5,000 | Melebihi 5,000 |
Bentuk Modal:
i. Bagi Syarikat Berhad / Sendirian Berhad bentuk modal ialah Modal Berbayar Syarikat (paid up capital).
ii. Bagi Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan / Perkongsian) / Koperasi / Perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi: a. Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan b. Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)
2.2.7 Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal)
Keperluan kelayakan teknikal (pekerja teknikal) adalah berdasarkan Kelas yang dipohon seperti berikut:
Kelas | Kepala | Sub-Kepala | Keperluan Kelayakan Teknikal |
---|---|---|---|
A, B | VIII | 1a, 1b | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah Kejuruteraan Sivil |
C | - | - | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma Kejuruteraan Sivil |
A, B | VIII | 2a, 2b, 2c, 2d, 2e, 2f | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah Networking/ Information Technology / Sains Komputer (Major di dalam Networking. Jika major selain daripada Networking pengalaman kerja* di dalam Networking diperlukan) / Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan Elektronik |
C | - | - | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma Networking/ Information Technology / Sains Komputer (Major di dalam Networking. Jika major selain daripada Networking pengalaman di dalam Networking diperlukan) / Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan Elektronik |
A, B | VIII | 3a, 3b | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah Kejuruteraan Elektrik atau Kejuruteraan Elektronik |
C | - | - | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma Kejuruteraan Elektrik atau Kejuruteraan Elektronik |
F-D | VII | Semua | Sekurang-kurangnya seorang (1) pekerja teknikal yang mempunyai kursus berkaitan Sub-Kepala yang dipohon ATAU Syarikat mempunyai rekod kerja berkaitan dengan Sub-Kepala yang dipohon |
2.2.8 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas
Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah diperlukan untuk Kepala / Sub-Kepala tertentu sahaja. Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala / Kelas | Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas | Dikeluarkan Oleh |
---|---|---|---|
VIII | Sub-Kepala 1a, 1b, 2b, 2c, 2f Kelas A - D | Sijil Working At Height (WAH), atau Kursus / Lesen Kompetensi sebagai Chargemen Overhead Line | NIOSH Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Unit Merinyu Elektrik |
VIII | Kelas A | Network Service Provider dan/ atau Network Facilities Provider | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) |
2.2.9 Keperluan Kursus Keselamatan
Pemohon hendaklah mengemukakan bukti telah menghadiri kursus asas keselamatan dengan mengemukakan dokumen mengikut Kelas Pendaftaran seperti berikut:
Kelas | Kursus Keselamatan yang Diiktiraf |
---|---|
A / B | (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku); atau(ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh; atau(iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku); atau(iv) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan |
C / D / E / F | (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku); atau(ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh; atau(iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku); atau(iv) Green Card CIDB (yang masih sahlaku); atau(v) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan |
2.2.10 Keperluan Kursus Keselamatan
Pemohon hendaklah mengemukakan bukti telah menghadiri kursus asas keselamatan dengan mengemukakan dokumen mengikut Kelas Pendaftaran seperti berikut:
Kelas | Kursus Keselamatan yang Diiktiraf |
---|---|
A / B | (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku); atau(ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh; atau(iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku); atau(iv) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan |
C / D / E / F | (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku); atau(ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh; atau(iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku); atau(iv) Green Card CIDB (yang masih sahlaku); atau(v) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan |
Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.