1. Pengenalan Bidang Mekanikal
Bidang Mekanikal adalah merangkumi kerja-kerja memasang, menyelenggara dan menguji, bahagian mekanikal sesuatu infrastruktur, sistem, peralatan, jentera dan lain-lain kerja kepakaran yang berkaitan dengan mekanikal.
1.1 Pengklasifikasian Bidang Mekanikal
Bidang Mekanikal diklafisikasi menggunakan Kepala dan Sub-Kepala. Terdapat satu (1) Kepala di bawah Bidang Mekanikal seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Deskripsi Kerja Mekanikal |
---|---|---|
V | 1(a),1(b),1(c),1(d), 2(a),2(b), 3, 4, 5(a),5(b),5(c), 6, 7, 8(a),8(b),8(c),8(d), 9(a),9(b), 10(a),10(b), 11, 12, 13 | Kerja-kerja mekanikal seperti genset, loji rawatan, pendingin udara, lif/eskalator, lampu isyarat, lampu jalan, sistem lampu HT, sistem pencegah kebakaran, motor dan altenator, lain-lain kepakaran mekanikal, sistem dapur, sistem kolam renang, PABX dan sistem telekomunikasi, air pancut, rangkaian komputer, sistem automasi bangunan, sistem SCADA dan telemetri dan sistem pam |
1.2 Kelas Pendaftaran Bidang Mekanikal
Terdapat enam (6) Kelas Pendaftaran di bawah Bidang Mekanikal. Setiap Kelas mempunyai had kewangan nilai kerja (sebutharga / tender) yang boleh disertai seperti berikut:
Kelas | Had Kewangan Nilai Kerja Yang Boleh Disertai (RM) |
---|---|
A | Melebihi 10 juta |
B | Melebihi 5 juta sehingga 10 juta |
C | Melebihi 3 juta sehingga 5 juta |
D | Melebihi 1 juta sehingga 3 juta |
E | Melebihi 200,000 sehingga 1 juta |
F | 200,000 ke bawah |
Nota: Bidang Mekanikal hanya boleh didaftarkan di bawah satu (1) Kelas kecuali bagi Sub-Kepala 1 yang boleh didaftarkan di bawah Kelas yang berlainan dari Sub-Kepala yang lain.
1.2.1 Pendaftaran Sub-Kepala 1
Sub-Kepala 1 hanya boleh didaftarkan sama ada di bawah Kelas A, B, C atau D sahaja seperti berikut:
a. 1a (jika memohon Kelas A) b. 1b (jika memohon Kelas B) c. 1c (jika memohon Kelas C) d. 1d (jika memohon Kelas D)
Pemohon hanya boleh memilih untuk berdaftar di bawah salah satu daripada Sub-Kepala di atas mengikut Kelas yang telah ditetapkan.
1.3 Yuran Proses Bidang Mekanikal
Yuran proses Bidang Mekanikal dikenakan untuk permohonan baharu, permohonan semula, pembaharuan, naik kelas dan tambahan Kepala. Ianya adalah tertakluk kepada kelas pendaftaran yang dipohon seperti berikut:
No. | Kelas Yang Dipohon | Yuran Proses Bagi Permohonan Baharu / Permohonan Semula (RM) | Yuran Proses Bagi Permohonan Pembaharuan / Naik Kelas / Tambahan Kepala (RM) |
---|---|---|---|
a. | Kelas C sehingga A | 100 | 25 |
b. | Kelas F sehingga D | 50 | 25 |
c. | Kombinasi a. dan b. | 100 | 25 |
1.4 Yuran Pendaftaran Bidang Mekanikal
Yuran Pendaftaran adalah yuran yang dikenakan setelah permohonan diluluskan. Yuran pendaftaran Bidang Kerja adalah tertakluk kepada Kelas Pendaftaran yang diluluskan seperti berikut:
1.4.1 Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala
Kelas | Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kepala (RM) |
---|---|
A | 1,000 satu Kepala |
B | 700 satu Kepala |
C | 400 satu Kepala |
D | 100 satu Kepala |
E | 30 satu Kepala |
F | 10 satu Kepala |
1.4.2 Yuran Pendaftaran Naik Kelas
Perbezaan antara yuran pendaftaran bagi kelas yang baharu dan yuran pendaftaran sebelumnya untuk Kepala yang di Naik Kelas. Yuran adalah dicaj mengikut per Kepala.
Contoh: Syarikat / firma adalah berdaftar di bawah Kelas F dan memohon untuk Naik Kelas kepada E.
Yuran Naik Kelas yang perlu dibayar adalah Yuran Pendaftaran untuk Kelas E tolak dengan Yuran Pendaftaran Kelas F seperti berikut:
= RM30 (Yuran Kelas E) - RM10 (Yuran Kelas F)
= RM20
Maka yuran yang perlu dibayar untuk Naik Kelas dari F ke E ialah RM20
1.4.3 Yuran Pendaftaran Pembaharuan
Yuran Pendaftaran Pembaharuan adalah dicaj sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada kadar Yuran Pendaftaran Baharu seperti berikut:
Kelas | Yuran Pendaftaran Pembaharuan (RM) |
---|---|
A | 500 Satu Kepala |
B | 350 Satu Kepala |
C | 200 Satu Kepala |
D | 50 Satu Kepala |
E | 15 Satu Kepala |
F | 5 Satu Kepala |
1.5 Keadah Pembayaran Yuran
Semua bayaran yuran boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan S Pay Global.
1.6 Tempoh Proses Permohonan
No. | Permohonan | Tempoh Proses |
---|---|---|
i. | Permohonan Baharu / Semula Kelas F | 30 hari bekerja * Termasuk masa menunggu temuduga Status Temuduga |
ii. | Baharu / Semula / Naik Kelas / Tambah Sub-Kepala | 14 hari bekerja |
iii. | Pembaharuan / Perubahan yang tidak menyebabkan perubahan Kelas / Sub-Kepala dan tidak melibatkan Status Bumiputera | 3 hari bekerja |
iv. | Pembaharuan / Perubahan yang menyebabkan perubahan Kelas / Sub-Kepala dan melibatkan Status Bumiputera | - |
* | Jika melibatkan perubahan Kelas/ Sub-Kepala | 14 hari bekerja |
* | Jika perubahan melibatkan Status Bumiputera | 30 hari bekerja |
Nota: Untuk mana-mana permohonan kombinasi (i), (ii), (iii), (iv), (v) dan (vi) tempoh proses adalah mengikut bilangan hari yang paling lama.
1.7 Tempoh Sahlaku Pendaftaran
Tempoh sahlaku pendaftaran adalah untuk dua (2) tahun sahaja.
1.8 Keputusan Permohonan Dan Sijil Pendaftaran
1.8.1 Keputusan Permohonan
Semua keputusan permohonan berserta yuran pendaftaran yang dikenakan boleh disemak melalui sistem OLAM. Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya keputusan permohonan adalah lulus.
1.8.2 Sijil Pendaftaran
Pemohon boleh mencetak sijil pendaftaran melalui sistem OLAM setelah Yuran Pendaftaran dibuat. Sila rujuk perenggan 1.4 (Yuran Pendaftaran Bidang Kerja) untuk penjelasan mengenai Yuran Pendaftaran dan Kaedah Pembayaran.
2. Syarat Dan Peraturan Permohonan Bidang Mekanikal
2.1 Permohonan Baharu / Permohonan Semula / Naik Kelas / Tambah Kepala / Sub-Kepala
2.1.1 Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon
Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin memohon pendaftaran UPKJ hendaklah terlebih dahulu diperbadankan mengikut undang-undang Negara yang berkuat kuasa. Jenis syarikat / firma yang boleh memohon pendaftaran Bidang Kerja adalah tertakluk kepada Kelas Pendaftaran seperti berikut:
Kelas | Jenis Syarikat / Firma Yang Boleh Memohon |
---|---|
A | Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan |
B, C, D, E, F | Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan / Enterprise (Persorangan atau Perkongsian) / Limited Liabiliti Of Partnerhsip / Koperasi |
2.1.2 Keperluan Pendaftaran CIDB
Sesebuah syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang ingin berdaftar dengan UPKJ di bawah Bidang Kerja hendaklah berdaftar dengan CIDB terlebih dahulu, selaras dengan Akta 520, Akta Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, Bahagian IV, Perkara 25 yang menyatakan:
“No person shall carry out or complete, undertake to carry out or complete any construction work or hold himself out as a contractor, unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga under this Act”
Pemohon diwajibkan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB Kategori Mekanikal dan Kategori Elektrikal (ME) mana-mana gred.
2.1.3 Keperluan Pemilikan Dan Pengurusan Syarikat
Keperluan pemilikan dan pengurusan syarikat adalah seperti berikut:
A. Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai sekurang kurangnya seorang (1) ahli pengurusan sama ada pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah atau kakitangan yang dilantik sebagai ahli pengurusan.
B. Ahli pengurusan yang bukan terdiri daripada kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.
C. Ahli pengurusan (jika merupakan satu-satunya ahli pengurusan) yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan permit bekerja di Sarawak (termasuk ahli pengurusan dari kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
2.1.4 Keperluan Lesen Perniagaan
Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai Lesen Perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan Bidang / Kepala / Sub-Kepala yang dipohon. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Mekanikal, Lesen Perniagaan (IRD.7) ‘kerja-kerja mekanikal’ atau ‘mekanikal’ adalah boleh diterima.
2.1.5 Keperluan Pejabat
Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan mestilah mempunyai Premis/ Pejabat yang
beroperasi di Sarawak yang sah, sama ada milik sendiri atau disewa (tempoh sewaan
masih sahlaku), termasuk jika menyewa di Pusat Inkubator Dan Bimbingan Usahawan
(PIBU) secara sepenuh atau separuh masa. Sewaan menggunakan alamat pejabat sahaja
(tanpa pejabat fizikal) selain PIBU tidak akan diterima.
Ruang pejabat juga tidak boleh berkongsi dengan syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan
lain dan mestilah mempunyai pengasingan operasi yang jelas.
2.1.6 Keperluan Modal
Keperluan modal minimum adalah tertakluk kepada Kelas yang dipohon seperti berikut:
Kelas | Keperluan Modal Minimum (RM) untuk Syarikat Yang Mempunyai Rekod Kerja | Keperluan Modal Minimum (RM) untuk Syarikat Yang Tidak Mempunyai Rekod Kerja |
---|---|---|
A | Melebihi 600,000 | Melebihi 800,000 |
B | Melebihi 400,000 | Melebihi 600,000 |
C | Melebihi 100,000 | Melebihi 200,000 |
D | Melebihi 35,000 | Melebihi 50,000 |
E | Melebihi 17,500 | Melebihi 17,500 |
F | Melebihi 5,000 | Melebihi 5,000 |
Bentuk Modal:
i. Bagi Syarikat Berhad / Sendirian Berhad bentuk modal ialah Modal Berbayar Syarikat (paid up capital).
ii. Bagi Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan / Perkongsian) / Koperasi / Perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi: a. Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan b. Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)
2.1.7 Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal)
Keperluan kelayakan teknikal (pekerja teknikal) adalah berdasarkan Kelas yang dipohon seperti berikut:
Kelas | Keperluan Kelayakan Teknikal |
---|---|
A / B | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal ATAU Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau Mekanikal untuk Sub-Kepala 1 (Genset Installation, Repair & Maintenance), Sub-Kepala 5a (Traffic Lights Installation, Repair & Maintenance), 5b (Street Lighting), 5c (HT Flood-Lighting System), Sub-Kepala 7 (Repair and Rewinding of Motors and Alternators), Sub-Kepala 11 (Building Automation System) dan Sub-Kepala 12 (SCADA System And Telemetri) |
C | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal ATAU Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau Mekanikal untuk Sub-Kepala 1 (Genset Installation, Repair & Maintenance), Sub-Kepala 5a (Traffic Lights Installation, Repair & Maintenance), 5b (Street Lighting), 5c (HT Flood-Lighting System), Sub-Kepala 7 (Repair and Rewinding of Motors and Alternators), Sub-Kepala 11 (Building Automation System) dan Sub-Kepala 12 (SCADA System And Telemetri) |
D / E / F | Pemilik syarikat sekurang-kurangnya mempunyai sijil berhenti sekolah Darjah Enam (6) *Untuk Permohonan Baharu sahaja. Tidak terpakai untuk Permohonan Naik Kelas/ Tambah Sub-Kepala |
2.1.8 Keperluan Rekod Kerja / Rekod Kursus
Pemohon boleh memilih sama ada untuk mengemukakan rekod kerja atau rekod kursus atau kedua-duanya. Walau bagaimanapun terdapat had untuk Kelas yang boleh dipohon jika menggunakan rekod kursus. Keperluan Rekod Kerja/ Rekod Kursus adalah seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Kelas | Keperluan Rekod Kerja / Rekod Kursus |
---|---|---|---|
V | 1a | A | • Rekod kerja berkaitan atau • Minimum pemegang Ijazah Mekanikal / Elektrikal (dianggap setara dengan rekod kerja) |
V | 1b | B | • Rekod kerja berkaitan atau • Minimum pemegang Ijazah Mekanikal / Elektrikal (dianggap setara dengan rekod kerja) |
V | 1c | C | • Rekod kerja berkaitan atau • Minimum pemegang Diploma Mekanikal / Elektrikal (dianggap setara dengan rekod kerja) |
V | 1d | D | • Rekod kerja berkaitan atau • Minimum pemegang Diploma Mekanikal / Elektrikal (dianggap setara dengan rekod kerja) |
V | 2a, 2b | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas |
V | 3 | A hingga B | • Rekod kerja berkaitan atau • Minimum pemegang Ijazah Mekanikal (dianggap setara dengan rekod kerja) |
V | 3 | C hingga D | • Rekod kerja berkaitan atau • Minimum pemegang Diploma Mekanikal (dianggap setara dengan rekod kerja) |
V | 3 | E hingga F | • Rekod kerja berkaitan atau • Kursus berkaitan |
V | 4 | Semua Kelas | Wajib mempunyai Surat Perakuan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) untuk semua Kelas |
V | 5a, 5b, 5c | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas. Jika mempunyai kompetensi seperti Cable Jointer dan kompetensi elektrikal yang lain adalah dianggap setara dengan rekod kerja |
V | 6 | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas |
V | 7 | A hingga B | • Rekod kerja berkaitan atau • Minimum pemegang Ijazah Mekanikal / Elektrikal (dianggap setara dengan rekod kerja) |
V | 7 | C hingga D | • Rekod kerja berkaitan atau • Minimum pemegang Diploma Mekanikal / Elektrikal (dianggap setara dengan rekod kerja) |
V | 7 | E hingga F | • Rekod kerja berkaitan atau • Kursus berkaitan |
V | 8a, 8b, 8c, 8d | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas |
V | 9a, 9b | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas |
V | 10a, 10b | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas |
V | 11 | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas |
V | 12 | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas |
V | 13 | Semua Kelas | Rekod kerja berkaitan untuk semua Kelas |
2.1.9 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas
Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah diperlukan untuk Kepala / Sub-Kepala tertentu sahaja. Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas adalah seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas | Dikeluarkan Oleh |
---|---|---|---|
V | 4 | Surat Perakuan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) (Akta Kilang dan Jentera 1967) | Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) |
2.1.10 Keperluan Kursus Keselamatan
Pemohon hendaklah mengemukakan bukti telah menghadiri kursus asas keselamatan dengan mengemukakan dokumen mengikut Kelas Pendaftaran seperti berikut:
Kelas | Kursus Keselamatan yang Diiktiraf |
---|---|
A / B | (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku); atau(ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh atau (iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku); atau (iv) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan |
C / D / E / F | (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku) atau (ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh atau (iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku) atau (iv) Green Card CIDB (yang masih sahlaku) atau (v) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan |
Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.