Panduan Permohonan Bidang Perundingan / Konsultan UPKJ

Panduan Permohonan Bidang Perundingan / Konsultan UPKJ

By Diadaptasi dari maklumat Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak|10/02/2025
Last updated: 27/02/2025

1. Pengenalan Bidang Perunding / Konsultan

Bidang Perunding / Konsultan adalah merangkumi perkhidmatan perunding / konsultan untuk pembangunan fizikal dan pembangunan bukan fizikal. Di dalam garis panduan ini, syarikat / koperasi / perbadanan yang memohon / berdaftar di bawah Bidang Perunding / Konsultan akan dipanggil sebagai Firma Perunding / Konsultan.

1.1 Pengklasifikasian Bidang Perunding / Konsultan

Terdapat dua (2) jenis klasifikasi untuk Bidang Perunding / Konsultan iaitu Perunding / Konsultan Fizikal Dan Perunding / Konsultan Bukan Fizikal.

1.1.1 Perunding / Konsultan Fizikal

Perunding / Konsultan Fizikal merangkumi perkhidmatan perunding / konsultan untuk pembangunan fizikal dan lain-lain perkhidmatan teknikal yang berkaitan dengan kejuruteraan dan / atau projek pembinaan termasuk perkhidmatan perunding / konsultan untuk kajian fizikal. Antara kategori yang terbuka untuk pendaftaran di bawah Perunding / Konsultan Fizikal adalah seperti berikut:

1.2 Kelas Pendaftaran Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan

Terdapat tiga (3) Kategori Pendaftaran di bawah Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan. Setiap Kategori mempunyai had kewangan nilai bekalan / perkhidmatan (sebutharga / tender) yang boleh disertai seperti berikut:

Kategori Perunding / Konsultan Fizikal
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Struktur
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Perlombongan
Kejuruteraan Marin
Kejuruteraan Geoteknikal
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Geologikal
Arkitek
Ukur Bahan
Ukur Tanah
Hiasan Dalaman
Arkitek Landskap (sebelum ini dikenali sebagai bidang Perancangan Landskap)
Perancangan Bandar Dan Wilayah (sebelum ini dikenali sebagai bidang Perancangan)
Kajian Alam Sekitar (EIA)
Pengurusan Projek
Penilaian Harta/Hartanah
Kejuruteraan Senibina Kapal / Naval Architecture
Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Pertanian
Kejuruteraan Telekomunikasi
Kejuruteraan Nuklear
Penilaian Harta (Forensic)
Ukur Bangunan
Pengurusan Nilai Fizikal

1.1.2 Perunding / Konsultan Bukan Fizikal

Perunding / Konsultan Bukan Fizikal merangkumi perkhidmatan khidmat nasihat / kajian yang tidak melibatkan pembangunan infrastruktur /projek pembinaan / kajian fizikal. Antara kategori yang terbuka untuk pendaftaran di bawah Perunding / Konsultan Bukan Fizikal adalah seperti berikut:

Kategori Perunding / Konsultan Bukan Fizikal
Kajian Ekonomi
Kajian Kemasyarakatan (sebelum ini dikenali sebagai bidang Kajian Sosial)
Kajian Sumber Manusia
Sains Kesihatan/ Perancangan Perubatan
Kajian Pertanian
Kajian Sumber Asli/ Rekreasi & Taman-Taman
Kajian ICT
Kajian Perundangan (sebelum ini dikenali sebagai bidang Undang-Undang)
Keselamatan Pekerjaan Dan Persekitaran
Kajian Makmal
Pengurusan Kualiti
Pengauditan Perakaunan
Pengurusan Marin
Kajian Organisasi
Kajian Penswastaan Dan Pengkomersilan
Kajian Pemasaran Dan Penyelidikan
Kajian Pelancongan
Kajian Keselamatan
Pengurusan Nilai Bukan Fizikal
Kajian Kewangan
Kajian Percukaian
Kajian Pelaburan
Kajian Perhutanan
Teknologi Makanan
Kajian Perikanan
Kajian Komoditi
Kajian Telekomunikasi
Perancangan Strategik ICT (ISP)
Kajian Pengurusan Infrastruktur ICT (sebelum ini dikenali sebagai bidang Informasi Dan Teknologi Maklumat (ICT))
Kajian Pengurusan Keselamatan Digital Technology
Kajian Pengurusan Maklumat
Kajian Pencahayaan
Kajian Audivisual Dan Akustik
Kajian Rangkaian Pengangkutan
Kajian Trafik
Kajian Teknologi Hijau

1.2 Yuran Proses Bidang Perunding / Konsultan

Yuran proses bagi Bidang Perunding / Konsultan dikenakan untuk permohonan baharu, permohonan semula, pembaharuan dan tambahan kategori seperti berikut:

No. Kategori Yuran Proses Bagi Permohonan Baharu/ Permohonan Semula (RM) Yuran Proses Bagi Permohonan Pembaharuan / Tambahan (RM)
a. Semua Kategori 50 25

1.3 Yuran Pendaftaran Bidang Perunding / Konsultan

Yuran pendaftaran adalah yuran yang dikenakan seteleh permohonan diluluskan. Yuran pendaftaran Bidang Perunding / Konsultan adalah seperti berikut:

1.3.1 Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambahan

Kategori Yuran Pendaftaran Baharu / Permohonan Semula / Tambahan (RM)
Semua Kategori 50 per kategori

1.3.2 Yuran Pembaharuan Pendaftaran

Yuran pendaftaran pembaharuan adalah dicaj sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada kadar yuran pendaftaran baharu seperti berikut:

Kategori Yuran Pendaftaran Pembaharuan (RM)
Semua Kategori 25 per kategori

1.4 Keadah Pembayaran Yuran

Semua bayaran yuran boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan S Pay Global.

1.5 Tempoh Proses Permohonan

Tempoh proses permohonan adalahseperti berikut:

No. Permohonan Tempoh Proses
i. Permohonan Baharu / Semula / Tambah Kategori Empat belas (14) hari bekerja
ii. Pembaharuan / Perubahan yang tidak menyebabkan perubahan Kategori Tiga (3) hari bekerja
iii. Perubahan yang menyebabkan perubahan Kategori Empat belas (14) hari bekerja
* Jika melibatkan perubahan Kategori -

Nota: Untuk mana-mana permohonan kombinasi (i), (ii) dan (iii) tempoh proses adalah mengikut bilangan hari yang paling lama.

1.6 Tempoh Sahlaku Pendaftaran

Tempoh sahlaku pendaftaran adalah untuk dua (2) tahun sahaja.

1.7 Keputusan Permohonan Dan Sijil Pendaftaran

1.7.1 Keputusan Permohonan

Semua keputusan permohonan berserta yuran pendaftaran yang dikenakan boleh disemak melalui sistem OLAM. Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya keputusan permohonan adalah lulus.

1.7.2 Sijil Pendaftaran

Pemohon boleh mencetak sijil pendaftaran melalui sistem OLAM setelah Yuran Pendaftaran dibuat. Sila rujuk perenggan 1.4 (Yuran Pendaftaran Bidang Kerja) untuk penjelasan mengenai Yuran Pendaftaran dan Kaedah Pembayaran.


2. Syarat Dan Peraturan Permohonan Bidang Perunding / Konsultan

2.1 Permohonan Baharu / Permohonan Semula / Tambah Kategori

2.1.1 Jenis Firma Perunding / Konsultan Yang Boleh Memohon

Sesebuah firma perunding / konsultan yang ingin memohon pendaftaran UPKJ hendaklah terlebih dahulu diperbadankan mengikut undang-undang Negara yang berkuat kuasa. Jenis firma Perunding / Konsultan yang boleh memohon pendaftaran Bidang Perunding / Konsultan adalah seperti berikut:

Kategori Jenis Firma Perunding / Konsultan Yang Boleh Memohon
Semua Kategori Berhad / Sendirian Berhad / Perbadanan / Enterprise (Persorangan atau Perkongsian) / Limited Liability Of Partnership / Koperasi

2.1.2 Keperluan Pemilikan Firma Perunding / Konsultan

Keperluan pemilikan dan pengurusan syarikat adalah seperti berikut:

i. Keperluan pemilikan firma Perunding / Konsultan (pemilikan saham adalah dimiliki oleh individu):

a. Pemilikan hendaklah atas nama individu, secara perseorangan atau perkongsian;
b. Pemilik hendaklah terdiri daripada individu yang berkelayakan profesional dalam kategori bidang Perunding / Konsultan yang dipohon (mempunyai pendaftaran daripada Badan / Lembaga Berdaftar Profesional yang diiktiraf);
c. Pemilik hendaklah berkhidmat secara sepenuh masa dengan firma Perunding / Konsultan yang didaftarkan;
d. Jika bukan Anak Negeri Sarawak, perlu mengemukakan Permit Kerja untuk bekerja di Sarawak atau jika bermastautin perlu mengemukakan bukti sebagai Permenant Resident (PR).

ii. Keperluan pemilikan firma Perunding / Konsultan (pemilikan saham dimiliki secara korporat / nomini):

a. Pengarah hendaklah terdiri daripada individu yang berkelayakan profesional dalam kategori bidang Perunding / Konsultan yang dipohon dan berdaftar dengan lembaga ikhtisas masing-masing; b. Pekerja profesional dan sub-profesional hendaklah berkhidmat secara sepenuh masa dengan firma Perunding / Konsultan yang didaftarkan dan dicarum KWSP;
c. Jika bukan Anak Negeri Sarawak, perlu mengemukakan Permit Kerja untuk bekerja di Sarawak atau jika bermastautin perlu mengemukakan bukti sebagai Permenant Resident (PR).

2.1.3 Keperluan Lesen Perniagaan

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai Lesen Perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan kategori Bidang Perunding / Konsultan yang dipohon. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Perunding / Konsultan, Lesen Perniagaan (IRD.7) ‘Perunding’ atau ‘Konsultan’ adalah boleh diterima untuk semua kategori perunding / konsultan yang ingin didaftarkan. Walau bagaimanapun, jika Lesen Perniagaan (IRD.7) adalah secara spesifik contohnya ‘Perunding Kejuruteraan Awam’, maka ianya hanya boleh diterima untuk kategori perunding / konsultan Civil Engineering sahaja.

2.1.4 Keperluan Pejabat

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mempunyai Premis / Pejabat atau cawangan pejabat (jika bukan Sarawak Based Company) yang beroperasi di Sarawak yang sah sama ada milik sendiri atau disewa.

Pejabat mestilah pejabat rasmi yang mempunyai alamat tetap dan jika beroperasi di rumah, hendaklah mempunyai Premis / Pejabat yang mempunyai ciri-ciri pejabat rasmi.

2.1.5 Keperluan Modal

Keperluan modal minimum adalah untuk pendaftaran Bidang Perunding / Konsultan adalah seperti berikut:

Jenis Syarikat Bentuk Modal Keterangan
Syarikat Berhad / Sendirian Berhad Modal Berbayar Syarikat Paid up capital
Syarikat Jenis Enterprise (perseorangan / perkongsian) / koperasi / perbadanan Modal Fleksibel Boleh merangkumi: - Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan - Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk Syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)

2.1.6 Keperluan Kakitangan

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah memenuhi keperluan kakitangan profesional dan sub-profesional seperti yang dinyatakan di perkara 2.1.7.

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan juga diwajibkan untuk menggaji kakitangan seperti perkeranian dan kakitangan am selain daripada kakitangan profesional dan sub-profesional, melainkan kakitangan profesional / sub-profesional juga menggalas kerja-kerja perkeranian am.

Kakitangan profesional dan sub-profesional hendaklah berstatus tetap dimana profesional / sub-profesional yang bukan dikalangan pemilik / pemegang saham / ahli Lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.

2.1.7 Keperluan Profesional Dan Sub-Profesional dan Pendaftaran Sebagai Pengamal Perunding / Konsultan

Keperluan Profesional dan Sub-Profesional serta Pendaftaran Sebagai Pengamal Perunding / Konsultan adalah seperti berikut:


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini