Panduan Permohonan Status Bumiputera UPKJ

Panduan Permohonan Status Bumiputera UPKJ

By Diadaptasi dari maklumat Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak|10/02/2025
Last updated: 28/02/2025

1. Pengiktirafan Status Bumiputera UPKJ

Status Bumiputera UPKJ merupakan satu keistimewaan yang diberikan ke atas syarikat / firma / koperasi / perbadanan sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan BUKANNYA HAK mengikut taraf kelahiran individu sebagai Bumiputera.

Pengiktiran Status Bumiputera hanya boleh dikeluarkan untuk syarikat / firma / koperasi / perbadanan yang telah mempunyai pendaftaran sama ada di bawah Bidang Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan, Mekanikal dan Elektrikal. Untuk Kelas F, Pengiktirafan Status Bumiputera wajib dipohon sekali dengan Bidang yang ingin dipohon.

Hanya satu (1) pengiktirafan status bumiputera akan dikeluarkan oleh UPKJ dan terpakai untuk Bidang Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan, Mekanikal dan Elektrikal. Tiada Pengiktirafan Status Bumiputera untuk Bidang Perunding/ Konsultan.

1.1 Syarat - Syarat Permohonan Pengiktirafan Status Bumiputera UPKJ

Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan wajib mematuhi syarat-syarat pendaftaran Status Bumiputera UPKJ seperti berikut:

1.1.1 Jika Pemilikan Saham Adalah individu:

Jika pemilik saham adalah individu:

a. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% saham/ ekuiti adalah dipegang oleh Bumiputera Sarawak dan pemegang saham utama mestilah Bumiputera Sarawak.

b. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada ahli lembaga pengarah adalah terdiri daripada Bumiputera Sarawak

c. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada ahli pengurusan adalah terdiri daripada Bumiputera Sarawak

d. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja-pekerja terdiri daripada Bumiputera Sarawak

e. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% pengurusan kewangan adalah dikuasai oleh Bumiputera Sarawak (penandatangan cek syarikat di dalam Laporan Bank atau Surat Deklarasi Penandatangan Cek Syarikat atau Director’s Resolution)

1.1.2 Jika Pemilikan Saham Secara Korporat / Nomini

Jika pemilik saham secara Korporat/ Nomini:

a. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% ekuiti / saham terbesar adalah dipegang oleh syarikat / koperasi / perbadanan yang dimiliki Bumiputera Sarawak.

b. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada ahli lembaga pengarah adalah terdiri daripada Bumiputera Sarawak

c. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada ahli pengurusan adalah terdiri daripada Bumiputera Sarawak

d. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja-pekerja terdiri daripada Bumiputera Sarawak

e. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% pengurusan kewangan adalah dikuasai oleh Bumiputera Sarawak (penandatangan cek syarikat di dalam Laporan Bank atau Surat Deklarasi Penandatangan Cek Syarikat atau Director’s Resolution)

1.1.3 Mesti Lulus Temuduga Status Bumiputera / Lulus Lawatan Premis

a. Syarikat / firma / koperasi / perbadanan wajib lulus temuduga status bumiputera / lawatan premis.

b. Untuk temuduga, pemilik syarikat / firma / koperasi / perbadanan perlu menghadiri temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan. Penjadualan semula tarikh temuduga setelah disahkan (jika tidak dapat menghadiri temuduga) hanya dibenarkan sekali sahaja sebelum tempoh tiga (3) hari dari tarikh temuduga asal. Permohonan pertukaran tarikh baharu boleh dibuat melalui sistem OLAM.

Contoh:
• Tarikh temuduga yang disahkan : 23.03.2022
• Penjadualan semula tarikh temuduga setelah disahkan pada atau sebelum 20.03.2022
• Tarikh baharu yang dipilih: 26.03.2022
• Kegagalan untuk menghadiri temuduga akan menyebabkan permohonan status bumiputera GAGAL.

c. Lawatan premis hanya untuk kes-kes tertentu sahaja.

d. Jika gagal temuduga status bumiputera / lawatan premis, permohonan semula hanya dibenarkan selepas tempoh enam (6) bulan. Ini adalah untuk memastikan pemohon selaku pemilik / pengarah syarikat memberi komitmen yang penuh dan menyediakan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan khususnya dalam pengurusan dan operasi syarikat sebelum memohon status Bumiputera pada masa hadapan.

Nota: ➢ Temuduga semula Status Bumiputera diperlukan sekiranya syarikat / firma / koperasi / perbadanan memohon pendaftaran di bawah Bidang Kerja / Mekanikal / Elektrikal walaupun sudah mempunyai Status Bumiputera bagi Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan. Jika gagal temuduga semula ini, status bumiputera akan ditarikbalik.

➢ Walaubagaimanapun, sekiranya syarikat / firma / koperasi / perbadanan mempunyai Status Bumiputera di bawah Bidang Kerja / Mekanikal / Elektrikal, temuduga Status Bumiputera bagi permohonan baharu Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan tidak diperlukan.

➢ Bidang Perunding / Konsultan tidak mempunyai Status Bumiputera.

➢ Sebarang perubahan tarikh temuduga hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh asal yang telah disahkan.

1.3 Senarai Semak Permohonan Status Bumiputera UPKJ

Jadual G1. Senarai Semak Permohonan Status Bumiputera

No. Syarikat Jenis Bhd/ Sdn. Bhd. Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan/ Perkongsian) Limited Liability Of Partnership/ Koperasi/ Perbadanan
1. SSM Info Korporat yang terkini* Extract Of Business Name Sijil Pendaftaran*
2. Laporan bank atau surat pengesahan penandatangan kewangan/ cek syarikat yang telah disahkan oleh Bank (dengan maklumat seperti berikut):* a. Nama syarikat/ koperasi/ perbadanan berserta no. pendaftaran b. Nama bank, no. akaun dan tarikh akaun dibuka c. Nama pemilik dan pegangan saham d. Penama yang diberikuasa menandatangani cek e. Signatory condition Laporan bank atau surat pengesahan penandatangan kewangan/ cek syarikat yang telah disahkan oleh Bank (dengan maklumat seperti berikut):* a. Nama syarikat/ koperasi/ perbadanan berserta no. pendaftaran b. Nama bank, no. akaun dan tarikh akaun dibuka c. Nama pemilik dan pegangan saham d. Penama yang diberikuasa menandatangani cek e. Signatory condition Extract Of Business Name / Dokumen Perjanjian Pemegang Saham (bagi LLP)*
3. Penyata Bank untuk tiga (3) bulan terakhir* Penyata Bank untuk tiga (3) bulan terakhir* Laporan bank atau surat pengesahan penandatangan kewangan/ cek syarikat yang telah disahkan oleh Bank (dengan maklumat seperti berikut):* a. Nama syarikat/ koperasi/ perbadanan berserta no. pendaftaran b. Nama bank, no. akaun dan tarikh akaun dibuka c. Nama pemilik dan pegangan saham d. Penama yang diberikuasa menandatangani cek e. Signatory condition
4. KWSP (Jika berkenaan)** KWSP (Jika berkenaan)** Penyata Bank untuk tiga (3) bulan terakhir*
5. Sijil kelahiran pemilik/ pemegang saham/ pengarah* Sijil kelahiran pemilik/ pemegang saham/ pengarah* KWSP (Jika berkenaan)**
6. Gambar a. di luar bangunan pejabat (depan pintu), b. di dalam pejabat, c. di luar bangunan (dari jarak jauh-nampak kawasan pejabat). Gambar a. di luar bangunan pejabat (depan pintu), b. di dalam pejabat, c. di luar bangunan (dari jarak jauh-nampak kawasan pejabat). Sijil kelahiran pemilik/ pemegang saham/ pengarah*
7. - - Gambar a. di luar bangunan pejabat (depan pintu), b. di dalam pejabat, c. di luar bangunan (dari jarak jauh-nampak kawasan pejabat).

Nota: *Mandatori
**Mandatori jika ada mencarum KWSP

1.4 Pembaharuan Status Bumiputera UPKJ

Pembaharuan status bumiputera adalah secara automatik semasa syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan membuat permohonan pembaharuan untuk bidang yang telah didaftarkan.

1.5 Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Status Bumiputera UPKJ

Jadual G1. Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Status Bumiputera

No. Syarikat Jenis Bhd/ Sdn. Bhd. Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan/ Perkongsian) Limited Liability Of Partnership/ Koperasi/ Perbadanan
1. SSM Info Korporat yang terkini* Extract Of Business Name Sijil Pendaftaran*
2. Laporan bank atau surat pengesahan penandatangan kewangan/ cek syarikat yang telah disahkan oleh Bank (dengan maklumat seperti berikut):* a. Nama syarikat/ koperasi/ perbadanan berserta no. pendaftaran b. Nama bank, no. akaun dan tarikh akaun dibuka c. Nama pemilik dan pegangan saham d. Penama yang diberikuasa menandatangani cek e. Signatory condition Laporan bank atau surat pengesahan penandatangan kewangan/ cek syarikat yang telah disahkan oleh Bank (dengan maklumat seperti berikut):* a. Nama syarikat/ koperasi/ perbadanan berserta no. pendaftaran b. Nama bank, no. akaun dan tarikh akaun dibuka c. Nama pemilik dan pegangan saham d. Penama yang diberikuasa menandatangani cek e. Signatory condition Extract Of Business Name / Dokumen Perjanjian Pemegang Saham (bagi LLP)*
3. KWSP (Jika berkenaan)** KWSP (Jika berkenaan)** Laporan bank atau surat pengesahan penandatangan kewangan/ cek syarikat yang telah disahkan oleh Bank (dengan maklumat seperti berikut):* a. Nama syarikat/ koperasi/ perbadanan berserta no. pendaftaran b. Nama bank, no. akaun dan tarikh akaun dibuka c. Nama pemilik dan pegangan saham d. Penama yang diberikuasa menandatangani cek e. Signatory condition
4. Sijil kelahiran pemilik/ pemegang saham/ pengarah* (Jika terdapat perubahan pemilik/ pemegang saham/ pengarah) Sijil kelahiran pemilik/ pemegang saham/ pengarah* (Jika terdapat perubahan pemilik/ pemegang saham/ pengarah) KWSP (Jika berkenaan)**
5. Sijil kelahiran pemilik/ pemegang saham/ pengarah* (Jika terdapat perubahan pemilik/ pemegang saham/ pengarah)

Nota:
*Mandatori
**Mandatori jika ada mencarum KWSP

1.6 Permohonan Perubahan Untuk Syarikat / Firma/ Koperasi / Perbadanan Yang Memiliki Status Bumiputera UPKJ

Status Bumiputera akan ditarik balik sekiranya syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan tidak lagi mematuhi syarat-syarat mandatori Status Bumiputera (Rujuk 1.1.1 dan 1.1.2). Temuduga semula Status Bumiputera diperlukan sekiranya terdapat perubahan pemegang saham utama/ ekuiti (major change) dalam syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan.

1.7 Temujanji Temuduga

Pemohon boleh memilih tarikh temuduga semasa memohon permohonan Pengiktirafan Status Bumiputera. Pemohon akan dipanggil untuk temuduga mengikut tarikh yang dipilih (masa akan dimaklumkan oleh pihak UPKJ melalui panggilan telefon / WhatsApps). Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan pada tarikh temuduga, pihak UPKJ akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan perubahan tersebut.

Sekiranya tiada tarikh temuduga dipilih, pemohon akan dipanggil untuk temuduga pada mana-mana tarikh, jika ada slot yang kosong. Ini mungkin akan menyebabkan pemohon perlu menunggu jika ada slot yang kosong untuk temuduga. Sehubungan itu, pemohon adalah dinasihatkan untuk memilih terlebih dahulu tarikh temuduga yang diingini.

Pemohon diminta bersedia dalam lingkungan 30 minit sebelum dan 30 minit selepas masa temuduga yang diberikan. Ini kerana temuduga adalah mengikut urutan giliran dan kadang-kala boleh menjadi 30 minit lebih awal atau lewat 30 minit, tertakluk kepada sesi temuduga sebelum itu.

Pemohon yang telah memilih tarikh temuduga, jika ingin menukar tarikh temuduga boleh menghubungi pihak UPKJ. Walau bagaimanapun, tarikh permohonan Pengiktirafan Status Bumiputera akan ditukar ke tarikh baharu dan pengiraan hari proses akan menggunakan tarikh yang baharu tersebut (termasuk untuk permohonan Kelas F).


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini