Pemilikan Asing & Penglibatan UPKJ

Pemilikan Asing & Penglibatan UPKJ

By Diadaptasi dari maklumat Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak|10/02/2025
Last updated: 25/02/2025

2.5 Pemilikan Asing

Ekuiti asing yang dibenarkan adalah seperti berikut:

(a). Tidak melebihi tiga puluh peratus (30%) dari jumlah modal berbayar atau modal terkumpul
(b). Tidak melebihi lima puluh satu peratus (51 %) dari jumlah modal berbayar atau modal terkumpul bagi negara-negara ASEAN adalah dibenarkan
(c). Bagi negara-negara di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) seperti berikut:

• Malaysia-Australia – ekuiti asing tidak melebihi 49%
• ASEAN-Australia-New Zealand – ekuiti asing tidak melebihi 49%
• ASEAN-Korea – ekuiti asing tidak melebihi 30%
• ASEAN-China – ekuiti asing tidak melebihi 30%
• Malaysia – Pakistan – ekuiti asing tidak melebihi 49%
• Malaysia – Jepun – ekuiti asing tidak melebihi 30%
• Malaysia – New Zealand – ekuiti asing tidak melebihi 49%

Nota : Tertakluk kepada undang- undang / peraturan –peraturan yang berkuat kuasa dari masa ke semasa

2.6 Penglibatan

Penglibatan merujuk kepada syarikat / firma / koperasi / perbadanan serta personal syarikat (pemegang saham, pengarah, pekerja teknikal, pekerja kompeten) yang mempunyai lebih dari satu pendaftaran dalam bidang yang sama / terlibat dalam syarikat / firma / koperasi / perbadanan lain yang mempunyai bidang pendaftaran yang sama.

2.6.1 Penglibatan Dalam Syarikat / Firma / Koperasi / Perbadanan Lain Yang Telah Berdaftar Dengan UPKJ Dalam Bidang Yang Sama

Permohonan tidak akan diberi pertimbangan sekiranya: (a) Pemegang saham syarikat memiliki saham / syer melebihi 5% atau RM50,000 (yang mana terkurang) dalam mana-mana syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

(b) Syarikat Induk / Syarikat Bersekutu / Syarikat Pegangan / Anak Syarikat sesebuah perniagaan yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

(c) Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang memohon memegang apa-apa jawatan sama ada jawatan eksekutif / bukan eksekutif di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

(d) Ahli pengurusan atau pekerja kompeten / jurutera yang memohon memegang apa-apa jawatan di dalam syarikat yang telah berdaftar dengan UPKJ dalam bidang yang sama.

Pengecualian penglibatan diberikan jika personal tersebut merupakan wakil kerajaan (Government Representative) di dalam sesuatu syarikat / organisasi / pertubuhan / anak syarikat milik agensi kerajaan.

2.6.2 Penglibatan Dengan Bidang Kerja / Mekanikal / Elektrikal / Bekalan Dan Perkhidmatan / Perunding / Konsultan

Permohonan tidak akan diberi pertimbangan sekiranya:

a. Firma Perunding/ Konsultan termasuk pemegang saham, pengarah, profesional dan sub-profesional adalah terlibat dengan syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan yang telah berdaftar dengan bidang Perunding/ Konsultan di bawah kategori yang setara dengan mana-mana Bidang Kerja, Mekanikal, Elektrikal dan Bekalan Dan Perkhidmatan.

Contoh Penglibatan Dengan Bidang Kerja:
Telah terdaftar di bawah bidang Perunding/ Konsultan untuk kategori kejuruteraan awam dan pada masa yang sama juga berdaftar di bawah bidang kerja

Contoh Penglibatan Dengan Bidang Mekanikal:
Telah berdaftar di bawah bidang Perunding/ Konsultan untuk kategori kejuruteraan mekanikal dan pada masa yang sama juga berdaftar di bawah bidang mekanikal.

Contoh Penglibatan Dengan Bidang Elektrikal:
Telah berdaftar di bawah bidang Perunding/ Konsultan untuk kategori kejuruteraan elektrikal dan pada masa yang sama juga berdaftar di bawah bidang elektrikal.

Contoh Penglibatan Dengan Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan:
Telah berdaftar di bawah bidang Perunding/ Konsultan untuk kategori kajian pengurusan infrastruktur (ICT) dan pada masa yang sama juga berdaftar di bawah bidang Bekalan Dan Perkhidmatan di bawah Kepala X Sub-Kepala 3 (Digital Solutions Development, Provision and Support)

b. Pemegang saham yang telah berdaftar di bawah bidang Perunding/ Konsultan tetapi ingin terlibat di dalam Bidang Kerja/ Mekanikal/ Elektrikal perlu mengemukakan Surat Kebenaran Untuk Melabur daripada badan profesional yang berkaitan.

Tertakluk jika terdapat surat sedemikian ada dikeluarkan. Jika badan profesional/ agensi profesional tidak mengeluarkan surat tersebut, maka syarat (a) adalah terpakai.


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini