2.3 Permohonan Pembaharuan Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan
2.3.1 Keperluan Modal
Keperluan modal minimum untuk pembaharuan adalah seperti berikut:
Kelas | Keperluan Modal Minimum (RM) |
---|---|
A | Melebihi 200,000 |
B | Melebihi 50,000 |
C | Melebihi 5,000 |
Nota:
i. Bagi Syarikat Berhad / Sendirian Berhad bentuk modal ialah Modal Berbayar Syarikat (paid up capital).
ii. Bagi Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan / Perkongsian) / Koperasi / Perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi:
a. Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan
b. Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)
iii. Bagi pembaharuan Kepala VI/6b (Manpower Supply – Security Guards), syarikat mestilah mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM 600,000 (selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri).
2.3.2 Keperluan Lesen Perniagaan
Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah masih mengekalkan Lesen Perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan Kategori / Kepala / Sub-Kepala yang ingin diperbaharui. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan, Lesen Perniagaan (IRD.7) seperti berikut boleh diterima, tertakluk sama ada ianya boleh merangkumi bekalan / perkhidmatan yang dipohon:
i. Kepala I – ‘Bahan kejuruteraan awam’ atau ‘Bahan binaan’
ii. Kepala II – ‘Peralatan / mesin / jentera kejuruteraan’ (jika membekal alat, jentera untuk kejuruteraan) atau ‘Kenderaan’ (jika membekal kenderaan) dan sebagainya
iii. Kepala III – ‘Water Supply Materials’
iv. Kepala IV – ‘Peralatan / mesin pejabat’ (jika memohon peralatan untuk kegunaan pejabat), ‘Audio visual’ (jika membekal yang berkaitan audio visual), ‘Peralatan keselamatan’ (jika membekal peralatan keselamatan) dan sebagainya
v. Kepala V – ‘Bahan makmal’ (jika membekal bahan makmal), ‘Bahan kimia’ (jika membekal bahan kimia), ‘Bahan pertanian’ (jika membekal bahan pertanian) dan sebagainya
vi. Kepala VI – ‘Makanan’ (jika membekal bahan makanan & catering), ‘Pakaian’ (jika membekal uniform), ‘Kelengkapan sukan’ (jika membekal peralatan untuk sukan & rekreasi) dan sebagainya
vii. Kepala VII - ‘Aerial Services’ (jika membekal perkhidmatan seperti aerial survey / photography), ‘Pengangkutan’ (jika membekal pengangkutan darat / air), ‘Pembersihan’ (jika membekal perkhidmatan pembersihan) dan sebagainya
viii. Kepala VIII – ‘Buku’ (jika membekal buku), ‘Cetakan’ (jika membekal perkhidmatan percetakan) dan sebagainya Kepala VIII – ‘Buku’ (jika membekal buku), ‘Cetakan’ (jika membekal perkhidmatan percetakan) dan sebagainya
ix. Kepala IX – ‘Alat muzik’ (jika membekal alat muzik), ‘membaiki peralatan / membaiki kenderaan’ (jika membekal perkhidmatan membaiki peralatan / kenderaan), ‘Kimpalan’ (jika membekal perkhidmatan kimpalan) dan sebagainya
x. Kepala X (Bergantung kepada Sub-Kepala yang dipohon)
a. Sub-Kepala 1a, 1b, 1c, 1d – ‘Telekomunikasi’
b. Sub-Kepala 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 – ‘ICT’ atau ‘Teknologi Maklumat’
xi. Kepala XI – Peralatan dan bekalan hospital
2.3.3 Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal)
Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan masih mengekalkan pekerja-pekerja teknikal seperti berikut:
Kategori | Kepala | Sub-Kepala | Keperluan Kelayakan Teknikal |
---|---|---|---|
A, B, C | X | 2 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah atau Diploma berkaitan Information Technology (IT) / Graphic Design |
A, B, C | X | 3, 4, 5 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer Engineering / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan |
A, B, C | X | 6 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer Engineering / Data Scientist / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan |
A, B, C | X | 7 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Cyber Security / Science Computer / Ijazah lain yang berkaitan |
A, B, C | X | 8 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Information Technology / Computer / Ijazah lain yang berkaitan |
A, B, C | X | 9 | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah / Diploma berkaitan Law Of Intellectual Property / Ijazah lain yang berkaitan |
Nota: Pengalaman perlu dibuktikan menggunakan Curriculum Vitae (CV)
Pekerja teknikal yang bukan di kalangan pemilik/ pemegang saham/ ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.
Pekerja teknikal yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik/ pemegang saham/ ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
2.3.4 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas
Syarikat / firma / koperasi / perbadanan masih mengekalkan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas | Dikeluarkan Oleh |
---|---|---|---|
I | 2d, 2e | Sijil Pendaftaran dengan The Sarawak Timber Industry (Registration) Regulation 2008 Regulation 7(2) | Perbadanan Kemajuan Kayu Sarawak |
I | - | Sijil Pendaftaran dengan The Sarawak Timber Industry (Registration) Regulation,1999 Regulation 7(3) | - |
II | 1b(i) | Letter of Authorized Dealer yang masih sahlaku (Yang dikeluarkan oleh pengeluar jenama kenderaan yang berkaitan) | Vehicle/ Trailer Manufacturer |
II | 11c | Kebenaran Di Bawah Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Memasar Dan Mengedar Borong / Runcit LPG) | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan |
IV | 6h(ii) | Surat Perakuan Jabatan Bomba Dan Penyelemat Untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan Alat Pemadam Api | Jabatan Bomba Dan Penyelamat |
V | 2a | Kebenaran Memasar Dan Mengedar Borong Baja (Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974) | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan |
V | 2b | Lesen Menjual / Menyimpan Racun Makhluk Perosak (Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Seksyen 17(2)]) | Jabatan Pertanian Malaysia |
VI | 5 | Lesen Berjual Beli Dan / Atau / Membaiki Senjata Dan Peluru [Undang-Undang Senjata 1960 Seksyen 10(5)] | Polis Diraja Malaysia |
VI | 6b | i. Lesen Untuk Menjalankan Urusan Agensi Persendirian (Seksyen 3, Akta Agensi Persendirian No. 27/71) | Kementerian Dalam Negeri |
VI | 6b | ii. Pendaftaran dengan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) | Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) |
VI | 6b | Surat Kebenaran Membawa Dan Menggunakan Senjata Dan Peluru [Akta Senjata, 1960-Seksyen 4(3)] | Polis Diraja Malaysia |
VI | 6b | Lesen Memiliki Senjata Dan Peluru [Akta Senjata, 1960-Seksyen 4(3)] | Polis Diraja Malaysia |
VII | 1b(ii) | Lesen daripada Department of Civil Aviation (DCA) | Department of Civil Aviation (DCA) |
VII | 2a(i) | Lesen Pembawa [LPKP - Lesen Pembawa A] - Lori Am (General Truck) | Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan |
VII | 2a(ii) | Lesen Pembawa [LPKP - Lesen Pembawa A] – Dumper/ Tipper: Lori Sampah (Scavenging) | Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan |
VII | 2a(iii) | Lesen Pembawa [LPKP (Selain Lesen Pembawa C)] - Pengangkutan (Transportation) | Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan |
VII | 2a(iv) | Lesen Pembawa [LPKP (Selain Lesen Pembawa C)] - Pengangkutan (Transportation) atau Perkhidmatan | Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan |
VII | 2b(i,ii) | Permit Pengangkutan Sungai (River Transport Permit) | Lembaga Sungai Sungai Sarawak |
VII | 2d | Permit Pengangkutan Sungai (River Transport Permit) | Lembaga Sungai Sungai Sarawak |
VII | 3d | Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004 Pesticide (Pest Control Operator) Rules 2004 (Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Seksyen 17(2)]) | Jabatan Pertanian Malaysia |
VII | 4(a) | Permit Agen Penghantaran Dan Perkapalan (Seksyen 90 Akta Kastam 1967) | Kastam Diraja Malaysia |
VII | 9 | Lesen Akta Industri Pelancongan, 1992 Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dan Perniagaan Agensi Pengembaraan 1992) | Kementerian Pelancongan |
VIII | 3(a) | Lesen Mesin Cetak (Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984) | Kementerian Dalam Negeri |
X | 1a | Sijil SIRIM | SIRIM |
X | 1c | Sijil SIRIM Valid Department Of Civil Aviation (DCA) Approval Certificate | SIRIM, Department Of Civil Aviation (DCA) |
X | 1d | Contract From Malaysian Nuclear Agency | Malaysian Nuclear Agency |
X | 4 | License or approval by Bank Negara Malaysia on the specific Fintech area (e-money, Payment System Operator, Internet and Mobile Banking Services) | Bank Negara Malaysia |
XI | 2(a) | Lesen Di Bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 | Kementerian Kesihatan Malaysia |
XI | 2(b) | Lesen Akta Racun 1952 | Jabatan Kesihatan Negeri |
Nota:
Bagi Kepala VII Sub-Kepala 2a(i), 2a(ii), 2a(iii) dan 2a(iv), prinsipal bagi pengangkutan/kenderaan yang mempunyai LPKP yang disewa adalah diterima dengan syarat terdapat perjanjian sewa yang sah. Sila pastikan prinsipal yang memberi sewaan pengangkutan tersebut tidak berdaftar dengan UPKJ untuk Kepala dan Sub-Kepala yang sama.
Bagi Kepala VII Sub-Kepala 2b(i), 2b(ii) dan 2d, prinsipal bagi pengangkutan sungai yang mempunyai Permit Pengangkutan Sungai bagi Kapal / Feri / Longboat dan pengangkutan sungai lain yang berpermit atas nama syarikat lain (atas dasar sewa) adalah diterima dengan syarat terdapat perjanjian sewa yang sah. Sila pastikan prinsipal yang memberi sewaan pengangkutan tersebut tidak berdaftar dengan UPKJ untuk Kepala dan Sub-Kepala yang sama.
i. Pemegang lesen kompetensi yang bukan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.
ii. Pemegang lesen kompetensi yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik/ pemegang saham /pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).
Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.