Permohonan Pembaharuan Bidang Elektrikal UPKJ

Permohonan Pembaharuan Bidang Elektrikal UPKJ

By Diadaptasi dari maklumat Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak|10/02/2025
Last updated: 26/02/2025

2.2 Permohonan Pembaharuan Bidang Elektrikal

2.2.1 Keperluan Modal

Keperluan modal minimum untuk pembaharuan adalah seperti berikut:

Kelas Keperluan Modal Minimum (RM)
I Melebihi 25,000
II Melebihi 12,500
III Melebihi 6,250
IV Melebihi 1,875

Nota:

i. Bagi Syarikat Berhad / Sendirian Berhad bentuk modal ialah Modal Berbayar Syarikat (paid up capital).
ii. Bagi Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan / Perkongsian) / Koperasi / Perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi:

a. Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan
b. Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)

2.2.2 Keperluan Lesen Perniagaan

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah masih mengekalkan Lesen Perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan Bidang / Kepala / Sub-Kepala yang ingin diperbaharui. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Elektrikal, Lesen Perniagaan (IRD.7) ‘kerja-kerja elektrik’ atau ‘elektrikal’ adalah boleh diterima.

2.2.3 Keperluan Pendaftaran CIDB

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan diwajibkan mengekalkan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB Kategori Mekanikal dan Kategori Elektrikal (ME) mana-mana gred.

2.2.4 Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal)

Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan masih mengekalkan pekerja-pekerja teknikal seperti berikut:

Kelas Keperluan Kelayakan Teknikal
I, II Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik
III Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik

Nota:
Pekerja teknikal yang bukan di kalangan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.

Pekerja teknikal yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).

2.2.5 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan masih mengekalkan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas seperti berikut:

Kepala Sub-Kepala Kompetensi/Lesen/Permit Khas Dikeluarkan Oleh
VIIA 1 Wireman Single phase (Grade II) atau three phase (Grade I) atau Chargeman L1 Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIA 2a, 2b Wireman single phase (Grade II) atau three phase (Grade I) atau Chargeman L1 Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 1a Cable Jointer Melebihi 33kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 1b Sehingga 33kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 1c Sehingga 11kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 1d Sehingga 415V Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 2a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Overhead Line H2, H2 (OH) (Melebihi 33kv) Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 2b H2, H2 (OH) Sehingga 33kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 2c H2, H2 (OH) Sehingga 11kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 2d L2, L2 (OH) Sehingga 415V Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 3a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Underground Cabling H2, H2 (UG) (Melebihi 33kv) Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 3b H2, H2 (UG) Sehingga 33kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 3c H2, H2 (UG) Sehingga 11kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 3d L2, L2 (UG) Sehingga 415V Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 4a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Switchgear & Substation H1 (Melebihi 33kv) Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 4b H1 Sehingga 33kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 4c H1 Sehingga 11kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 4d L1 Sehingga 415V Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 5a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Aerial Cables Installation H2,H2 (OH) (Melebihi 33kv) Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 5b H2, H2 (OH) Sehingga 33kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 5c H2, H2 (OH) Sehingga 11kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 5d L2, L2 (OH) Sehingga 415V Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 6a ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Transmission Lines Maintenance Works H2, H2 (OH) (Melebihi 33kv) Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 6b H2, H2 (OH) Sehingga 33kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 6c H2, H2 (OH) Sehingga 11kv Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 6d L2, L2 (OH) Sehingga 415V Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 7a Safety Awareness Working Near Overhead Line Melebihi 33kv ESE atau CEE atau ES atau Chargeman Overhead Line – 245 KV Sarawak Energy Inspectorate Unit (EIU), Ministry of Utilities and Telecommunication
VIIB 7b Safety Awareness Working Near Overhead Line Sehingga 33kv Sarawak Energy
VIIB 7c Sehingga 11kv Sarawak Energy
VIIB 7d Sehingga 415V Sarawak Energy

Definisi:
EIC: Electrical Installation Contractor
ESE : Electrical Service Engineer
CEE : Competent Electrical Engineer
ES: Electrical Supervisor

Nota:
Pemegang lesen kompetensi yang bukan pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP.

Pemegang lesen kompetensi yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik / pemegang saham / ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).

2.2.6 Keperluan Kursus Keselamatan

Pemohon hendaklah mengemukakan bukti telah menghadiri kursus asas keselamatan dengan mengemukakan dokumen mengikut Kelas Pendaftaran seperti berikut:

Kelas Kursus Keselamatan yang Diiktiraf
I / II (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku) (ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh (iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku) (iv) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan
III / IV (i) Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku) (ii) Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh (iii) Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku) (iv) Green Card CIDB (yang masih sahlaku) (v) Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan

Nota:

  1. Pemegang Sijil/Kad Keselamatan yang bukan pemilik/ pemegang saham/ ahli lembaga pengarah perlu dicarum KWSP

  2. Pemegang Sijil/Kad Keselamatan yang bukan Anak Negeri Sarawak perlu mengemukakan Permit Bekerja di Sarawak (termasuk jika pekerja teknikal adalah pemilik/ pemegang saham/ ahli lembaga pengarah). Jika bermastautin di Sarawak, pemohon haruslah mengemukakan bukti sebagai Permanent Resident (PR).


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini