Permohonan Pembaharuan Bidang Kerja UPKJ

Permohonan Pembaharuan Bidang Kerja UPKJ

By Diadaptasi dari maklumat Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak|10/02/2025
Last updated: 24/02/2025

2.4 Permohonan Pembaharuan Bidang Kerja

2.4.1 Keperluan Modal

Keperluan modal minimum untuk pembaharuan adalah seperti berikut:

Kelas Keperluan Modal Minimum (RM)
A Melebihi 150,000
B Melebihi 100,000
C Melebihi 25,000
D Melebihi 8,750
E Melebihi 4,375
F Melebihi 1,250

Nota:

i. Bagi Syarikat Berhad / Sendirian Berhad bentuk modal ialah Modal Berbayar Syarikat (paid up capital).
ii. Bagi Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan / Perkongsian) / Koperasi / Perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi:

a. Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan
b. Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)

2.4.2 Keperluan Lesen Perniagaan

Syarikat/ firma / koperasi / perbadanan mestilah masih mengekalkan lesen perniagaan (IRD.7) yang relevan dengan bidang/ Kepala/ Sub-Kepala yang ingin diperbaharui. IRD.7 tersebut mestilah masih sahlaku. Bagi Bidang Kerja, Lesen Perniagaan (IRD.7) seperti berikut boleh diterima:

i. Kepala I, II, III dan IV – ‘Pembinaan’ atau ‘Kontraktor Binaan’

ii. Kepala VI (bergantung kepada Sub-Kepala yang dipohon):

a. Sub-Kepala 1, 2, 3 dan 4 – ‘Perhutanan’ atau ‘Penanaman’
b. Sub-Kepala 5a – ‘Pembinaan’, ‘Kontraktor Binaan’ atau ‘Landskap’
c. Sub-Kepala 5b – ‘Landskap’
d. Sub-Kepala 5c – ‘Landskap’
e. Sub-Kepala 5d – ‘Landskap’
f. Sub-Kepala 6 – ‘Pembinaan’, ‘Kontraktor Binaan’ atau ‘Landskap’

iii. Kepala VIII - ‘Kerja-Kerja Telekomunikasi’ atau ‘Telekomunikasi’

iv. Kepala IX – ‘Pengurusan Fasiliti’

2.4.3 Keperluan Pendaftaran CIDB

A. Bagi Kepala I, II, III, IV dan VI:

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan diwajibkan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB di bawah Kategori Pembinaan Bangunan (B) dan Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE) bagi mana-mana gred.

Bagi Kepala I (Sub-Kepala 4d, 7, 8) dan Kepala II (Sub-Kepala 9, 10a, 10b, 10c, 10d, 10e), syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan diwajibkan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB seperti berikut:

Kepala Sub-Kepala Keperluan Pendaftaran CIDB
I 4d CE33
7 CE17
8 CE07
II 9 B03
10a B02
10b B23
10c B22
10d B01
10e B19

B. Bagi Kepala VIII:

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan diwajibkan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB kategori Kejuruteraan Awam (CE) dan / atau kategori Mekanikal dan kategori Elektrikal (ME) mana-mana gred.

C. Bagi Kepala IX:

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan diwajibkan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB seperti berikut:

Kelas Sub-Kepala Keperluan Pendaftaran CIDB
A 1 F01: G7 atau G6 atau G5
B 1 F01: G7 atau G6 atau G5 atau G4
A 2 F02: G7 atau G6 atau G5
B 2 F02: G7 atau G6 atau G5 atau G4

2.4.4 Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal)

Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan masih mengekalkan pekerja-pekerja teknikal seperti berikut:

Kelas Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal) Untuk Pembaharuan
A / B i. Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah dalam Kejuruteraan Awam untuk Kepala berikut: Kepala I, Kepala II, Kepala III, Kepala IV, Kepala VI Sub-Kepala 5a, 5b, 5c, 5d dan 6 (atau boleh menggunakan pemegang Ijazah bidang berkaitan Landskap / Hortikultur / Pertanian / Perhutanan) Kepala VIII Sub-Kepala 1a,1b
ii. Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah bidang berkaitan Landskap / Hortikultur / Pertanian / Perhutanan diperlukan untuk Kepala VI Sub-Kepala 1,2,3,4
iii. Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah Networking/ Information Technology / Sains Komputer (major di dalam Networking. Jika major selain daripada Networking pengalaman di dalam Networking diperlukan) /Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan Elektronik untuk Kepala VIII Sub-Kepala 2a, 2b, 2c, 2d, 2e, 2f
iv. Sekurang-kurangnya seorang pemegang Ijazah Kejuruteraan Elektrik atau Kejuruteraan Elektronik untuk Kepala VIII Sub-Kepala 3a, 3b
C i. Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma dalam Kejuruteraan Awam untuk Kepala berikut: Kepala I, Kepala II, Kepala III, Kepala IV, Kepala VI Sub-Kepala 5a, 5b, 5c, 5d dan 6 (atau boleh menggunakan pemegang Diploma bidang berkaitan Landskap / Hortikultur / Pertanian / Perhutanan), Kepala VIII Sub-Kepala 1a,1b
ii. Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma bidang berkaitan Landskap / Hortikultur / Pertanian / Perhutanan diperlukan untuk Kepala VI Sub-Kepala 1,2,3,4
iii. Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma Networking / Information Technology / Sains Komputer (major di dalam Networking. Jika major selain daripada Networking pengalaman di dalam Networking diperlukan)/ Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan Elektronik untuk Kepala VIII Sub-Kepala 2a, 2b,2c, 2d, 2e, 2f
iv. Sekurang-kurangnya seorang pemegang Diploma Kejuruteraan Elektrik atau Kejuruteraan Elektronik untuk Kepala VIII Sub-Kepala 3a, 3b

2.4.5 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas

Syarikat / firma / koperasi / perbadanan masih mengekalkan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas seperti berikut:

Kepala Sub-Kepala Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas Dikeluarkan Oleh
I 4a, 4b, 4c Lesen Pemasang / Penyambung Paip (Mainlayer) Pihak Berkuasa Air Negeri (Sarawak Water Authority)
II 4 Lesen Jurugegas Paip (Pipefitter) Pihak Berkuasa Air Negeri (Sarawak Water Authority)
VIII 1a, 1b, 2b, 2c, 2f Sijil Working At Height (WAH), atau Kursus / Lesen Kompetensi sebagai Chargemen Overhead Line NIOSH Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Unit Merinyu Elektrik
VIII Kelas A Network Service Provider dan / atau Network Facilities Provider Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

2.4.6 Keperluan Kursus Keselamatan

Pemohon hendaklah mengemukakan bukti telah menghadiri kursus asas keselamatan dengan mengemukakan dokumen mengikut Kelas Pendaftaran seperti berikut:

Kelas Kursus Keselamatan yang Diiktiraf
A & B i. Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku) ii. Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh iii. Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku) iv. Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan
C, D, E & F i. Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku) ii. Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh iii. Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku) iv. Green Card CIDB (yang masih sahlaku) v. Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan

Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini