2.2 Permohonan Pembaharuan Bidang Mekanikal
2.2.1 Keperluan Modal
Keperluan modal minimum untuk pembaharuan adalah seperti berikut:
Kelas | Keperluan Modal Minimum (RM) |
---|---|
A | Melebihi 150,000 |
B | Melebihi 100,000 |
C | Melebihi 25,000 |
D | Melebihi 8,750 |
E | Melebihi 4,375 |
F | Melebihi 1,250 |
Nota:
i. Bagi Syarikat Berhad / Sendirian Berhad bentuk modal ialah Modal Berbayar Syarikat (paid up capital).
ii. Bagi Syarikat Jenis Enterprise (Perseorangan / Perkongsian) / Koperasi / Perbadanan bentuk modal adalah boleh merangkumi:
a. Baki akaun bank syarikat / firma / koperasi / perbadanan
b. Simpanan Peribadi termasuk ASB / Tabung Haji dan lain-lain simpanan peribadi (untuk syarikat / firma jenis Enterprise sahaja)
2.2.2 Keperluan Lesen Perniagaan
Syarikat / firma / koperasi / perbadanan mestilah mengekalkan Lesen Perniagaan (IRD.7) yang relevan dan masih sahlaku dengan Bidang / Kepala / Sub-Kepala yang ingin diperbaharui. Bagi Bidang Mekanikal, Lesen Perniagaan (IRD.7) ‘kerja-kerja mekanikal’ atau ‘mekanikal’ adalah boleh diterima.
2.2.3 Keperluan Pendaftaran CIDB
Syarikat / firma / koperasi / perbadanan diwajibkan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB Kategori Mekanikal dan Kategori Elektrikal (ME) mana-mana gred.
2.2.4 Keperluan Kelayakan Teknikal (Pekerja Teknikal)
Syarikat/ firma/ koperasi/ perbadanan masih mengekalkan pekerja-pekerja teknikal seperti berikut:
Kelas | Keperluan Kelayakan Teknikal |
---|---|
A / B | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal ATAU Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau Mekanikal untuk Sub-Kepala 1 (Genset Installation, Repair & Maintenance), Sub-Kepala 5a (Traffic Lights Installation, Repair & Maintenance), 5b (Street Lighting), 5c (HT Flood-Lighting System), Sub-Kepala 7 (Repair and Rewinding of Motors and Alternators), Sub-Kepala 11 (Building Automation System) dan Sub-Kepala 12 (SCADA System And Telemetri) |
C | Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal ATAU Sekurang-kurangnya seorang (1) pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal atau Mekanikal untuk Sub-Kepala 1 (Genset Installation, Repair & Maintenance), Sub-Kepala 5a (Traffic Lights Installation, Repair & Maintenance), 5b (Street Lighting), 5c (HT Flood-Lighting System), Sub-Kepala 7 (Repair and Rewinding of Motors and Alternators), Sub-Kepala 11 (Building Automation System) dan Sub-Kepala 12 (SCADA System And Telemetri) |
2.2.5 Keperluan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas
Syarikat / firma / koperasi / perbadanan masih mengekalkan Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas seperti berikut:
Kepala | Sub-Kepala | Sijil-Sijil Kompetensi / Permit / Lesen Khas | Dikeluarkan Oleh |
---|---|---|---|
V | 4 | Surat Perakuan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) (Akta Kilang dan Jentera 1967) | Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) |
2.2.6 Keperluan Kursus Keselamatan
Pemohon hendaklah mengemukakan bukti telah menghadiri kursus asas keselamatan dengan mengemukakan dokumen mengikut Kelas Pendaftaran seperti berikut:
Kelas | Kursus Keselamatan yang Diiktiraf |
---|---|
A & B | i. Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku) ii. Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh iii. Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku) iv. Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan |
C, D, E & F | i. Kad Keselamatan Niosh (yang masih sahlaku) ii. Sijil Kursus Keselamatan Niosh daripada UPKP atau institusi lain yang diperaku oleh Niosh iii. Sijil Keselamatan DOSH yang berkaitan (Slip Perakuan Pendaftaran sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang masih sahlaku) iv. Green Card CIDB (yang masih sahlaku) v. Sijil-sijil Akademik berkaitan dengan keselamatan |
Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.