25/06/2024

Syarat-syarat Kelayakan Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya 2024

Syarat-syarat Kelayakan Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya 2024

by Diadaptasi dari maklumat Kementerian Kerja Raya Malaysia

Kontraktor hendaklah memenuhi syarat-syarat WAJIB berikut:

1. PENDAFTARAN KONTRAKTOR

(a) Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah.

  • Gred: Terbuka kepada G3, G4, G5, G6, G7
  • Kategori: Terbuka kepada semua kategori
  • Pengkhususan: Terbuka kepada semua pengkhususan

(b) Mempunyai sijil-sijil berikut (jika berkenaan):

2. SCORE CIDB

Mempunyai sijil SCORE CIDB dengan minimum 3 Bintang dan masih berkatkuasa melebihi TIGA (3) bulan dari tarikh tutup Pra-kelayakan.

3. KEUPAYAAN KONTRAKTOR

  • Mempunyai Nett Worth melebihi 20% dari Nilai Tahunan Baki Kerja (NTBK) atau Modal Pusingan melebihi 10% dari NTBK atau Modal Mudah Cair melebhi 5% dari NTBK.
  • Kontraktor yang mempunyai pengalaman dengan Nilai Tahunan Keseluruhan Kerja Tertinggi (NTKK) melebihi 30% daripada Nilai Tahunan Bebanan Kerja (NTBK) bagi kategori yang dipohon.
  • Tidak mempunyai rekod prestasi kerja semasa yang sakit.
  • Tidak mempunyai rekod prestasi kerja semasa yang ditamatkan atau tidak memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun yang lepas.
  • Kontraktor hendaklah bebas daripada sebarang tindakan undang-undang seperti senarai hitam, tatatertib, litigasi, jenayah daripada mana-mana badan kawal selia yang berkenaan.

Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama web Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Daftar & langgan untuk melihat senarai tender terkini