Takrif dan Istilah CIDB
Bil | Takrif | Maksud |
---|---|---|
i | Lembaga | Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia yang ditubuhkan dibawah seksyen 3 Akta 520 |
ii | Industri Pembinaan | Industri yang berkaitan dengan kerja pembinaan, termasuk reka bentuk, pengilangan, teknologi, bahan dan mutu kerja binaan dan perkhidmatan bagi maksud pembinaan |
iii | Kerja-kerja Pembinaan | Pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan:(a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, samaada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;(b) mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan keretaapi, laluan kabel, terusan atau lapangan terbang kecil;(c) apa-apa kerja saliran, tali air atau kerja pengawalan sungai;(d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau(e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembentung, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan dan termasuklah:(A) Apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan perlu atau sebagai persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan batu asas, pemulihan dan lanskap tapak; atau(B) Pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya dikehendaki bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e). |
iv | Kontraktor | Seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan |
v | Kontraktor Berdaftar | Seseorang kontraktor yang berdaftar mengikut Akta ini |
vi | Kontraktor tempatan | Syarikat yang diperbadankan di Malaysia serta mempunyai pegangan ekuiti tempatan tujuh puluh peratus (70%) dan ke atas melainkan pegangan ekuiti tersebut dinyatakan di dalam Lampiran 8 |
vii | Kontraktor Asing | Syarikat yang diperbadankan di Malaysia atau di luar negara serta mempunyai pegangan ekuiti rakyat asing atau syarikat asing lebih tiga puluh peratus (30%) dan ke atas melainkan pegangan ekuiti tersebut dinyatakan di dalam Lampiran 8 |
viii | Kontraktor Antarabangsa | Kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan CIDB dan akan melaksanakan/telah melaksanakan kerja pembinaan di luar negara |
ix | Kontraktor Usahasama | Gabungan dua syarikat atau lebih yang tidak diperbadankan di Malaysia |
x | Pemohon | Pemohon hendaklah terdiri daripada salah seorang pemilik/pengarah. Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan pendaftaran untuk satu syarikat sahaja |
xi | Kakitangan syarikat | Pekerja yang diambil bekerja sepenuh masa oleh sesebuah syarikat serta dibuktikan dengan Penyata caruman KWSP yang dikeluarkan oleh pihak KWSP atau Jadual Caruman KWSP (Borang A) terkini beserta resit rasmi bayaran bulan terkini. Bagi pekerja yang berumur lebih 55 tahun perlu dibuktikan dengan jadual caruman SOCSO beserta salinan resit rasmi bayaran bulan terkini atau jadual penyata gaji bulan terkini. Jika pekerja terdiri daripada pekerja asing bukti penggajian perlu disertakan bersama dengan permit pekerja (work permit) |
xii | Personel teknikal | Kakitangan syarikat yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan dengan pembinaan. Mereka boleh terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, Presiden, Yang Di Pertua Persatuan atau kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa |
xiii | Ijazah/Diploma/Sijil yang diiktiraf | Ijazah/diploma/sijil yang berkaitan dengan bidang pembinaan samada diperolehi dalam atau luar negara serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diperakui oleh CIDB |
xiv | Pengalaman | Tempoh pengalaman adalah diambil dari tarikh Sijil / Diploma / Ijazah diperolehi |
xv | Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) | Sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada kontraktor mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya |
xvi | Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) | Memperakukan bahawa pemegang SPKK layak menyertai perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan |
xvii | Warganegara Malaysia | Seseorang rakyat Malaysia yang memegang kad pengenalan warna biru |
xix | Penama SPKK | Individu yang dibenarkan untuk membuat urusan berkaitan tender kerajaan. Mereka boleh terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, Presiden, Yang Di Pertua Persatuan atau kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa |
Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari laman web Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).